5 | sudden attack

2.4K 179 19
                                    

"D-DISGUSTING?! How dare you!!"  Jerkahnya kuat dengan muka yang merah padam.

"Well that's a truth anyway pfft– eh,?" Sengaja ku buat muka terkejut sejurus tak sengaja mengikuti caranya bercakap. Melihat dia yang semakin berang, senyuman puas ku keluarkan.

Merasa bahawa aku sudah menghabiskan banyak masa untuk hal yang sia sia, aku menarik nafas dalam.

"Haa, I can't believe i spent a lot of time for you who can't even be compare to a bugs. "  Mata ku putarkan. Sebal.

Mantera ku baca sambil tangan diletakkan tepat dihadapannya.

" W-what are you doing? How dare you attack me?! Don't you know that I'm the only daughter of Count Rhino?!!" Naik turun dadanya seusai berkata.

" Well no matter how high your noble rank is, it's no point if you're in this academy. Since they said everyone should be treated equally. You out of many people should know the most considering your guts to flirting with Prince Zen all the time aren't you?"

Dia yang sedang melutut di tanah setelah tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk berdiri ku pandang dengan tatapan menghina.

"That–" dengusan kasar ku lepaskan melihat dia masih mempunyai tenaga untuk mempertahankan harga dirinya yang sudah tercalar angkara dirinya sendiri. 

Boom!

Tanpa menunggu Taysa menghabiskan ayatnya, dia ku serang sehingga tereliminasi. Jesyca yang berdiri tidak jauh dariku, aku dekati

Lantas ku sembuhkan lukanya yang agak teruk. Sebenarnya, aku dan jesyca ni dua dua ada kuasa healing. Yang membezakan kami adalah tahap kekuatan kami.

Kuasaku yang berlevel 3 mampu menyembuhkan segala cedera ringan mahupun berat, luaran serta dalaman. Kuantiti orang yang boleh kusembuhkan dalam satu hari pulak antara 20 - 50.

Manakala Jesyca boleh menyembuhkan cedera dalaman dan luaran yang cederanya tidak seteruknya seperti demam, calar pada tangan.

Kuantiti orang yang boleh dia sembuhkan dalam satu hari pulak tidak lebih dari 10. Itu bukanlah hal yang ku rasa pelik memandangkan level kuasanya hanyalah level 1.

"Jom. Kita cari yang lain"

❥————

"AKU dengar, pertandingan yang sekarang ni semua bekas ahli tgmg berlawan secara individual je. Betulke?"

" Yaa" jawabku lalu menyisipkan pedang ke sarungnya ditepi pinggangku.

Masa sudah berlalu lebih dari 2 jam. Tidak lama lagi waktu perlawanan selama tiga jam akan tamat. Dalam tempoh dua jam lebih itu, kami telah menewaskan lebih dari 15 orang.

Namun, belum ada pun bunyi yang dikeluarkan untuk menandakan hanya tinggal 10 orang lagi yang masih bertahan.

"Diorang tu kuat kuat, kalau lawan seorang diri pun mestila menang. Haihh" dia melepaskan keluhan lalu melabuhkan punggungnya ke tanah. Ingin berehat sambil bersandar pada pokok.

Aku tak dapat nafikan yang diorang tu kuat. Walaupun aku tak pernah sekalipun lawan diorang, aku dapat rasakan aura mereka menggunakan magic ku. Dari aura mereka saja, aku tahu yang diorang kuat.

Walaupun aku sedang seal kuasa aku, aku yakin yang aku dapat kalahkan diorang. Ianya tidak mudah, namun sudah pastinya kemenangan ada di tangan aku.

Saat ini, satu yang ku harapkan adalah kami tak akan bertembung dengan salah satu dari mereka lalu bertarung. Ianya sangatlah menyusahkan.

Nafasku tarik dalam lalu bahu jesyca ku tepuk.

"Tepi sikit. Aku pun nak duduk"

Aku ni dah malas nak bertarung dah. Biarlah diorang kalahkan yang lain. Diorangkan kuat. Aku nak rehat jap.

Jesyca mencebik mendengar pintaku.

"Kau duduklah kat sana. Kat sin–"

Aku yang baru sahaja ingin duduk, sepantas kilat mengeluarkan pedang dan menghalakan kehadapan taktala merasakan serangan.

' serangan hendap? Batu? F*ck, pedang kayu aku tak boleh–'

Dahi ku berkerut melihat batu besar yang laju mengarah pada kami lalu mata ditujukan pada pedang kayu ku.

'There's no way this wooden sword can destroy the rock. Even if i put my mana on this sword, it cannot handle my power and will broke into pieces'

Tanpa berfikir panjang, aku memasang lingkaran sihir besar didepan ku. Cukup besar dari batu tersebut. Saat batu bersentuhan dengan lingkaran sihirku, batu itu serta merta hancur berkeping.

Mata ku sepetkan akibat tekanan besar yang berlaku dihadapan tanganku yang menghancurkan batu tersebut menggunakan magik membuatkan angin kuat bertiup kencang.

Sempat ku kerling ke belakang, melihat keadaan jesyca yang cedera. Lingkaran sihir hijau muncul diatas tanah yang kami berdua pijak. Cahaya hijau muncul lalu menyembuhkan luka jesyca dalam sekelip mata.

Pedang kayu yang sudah rosak ku buang lalu sebuah pedang besi ku keluarkan dari *inventory magic milikku.

Gadis yang dihadapan ku tatap tajam.

Aku dah kata tadi yang aku taknak nenyusahkan diri aku untuk berlawan dengan diorang. Tapi kalau diorang sendiri dah ada kat depan aku untuk serang aku, pilihan apa lagi yang aku ada selain serang balik?

Tiga lingkaran sihir berwarna ungu muncul pada pedangku, hadapan ku serta tanah yang ku pijak. Bersedia untuk bertarung.

Dia yang terkesima ku abaikan.

"I'm gonna end this real quick" mana merembes keluar mengelilingi kawasan yang kami berada kini.

Mata fokus ke arah si gadis, ingin mengalahkan dia hanya dengan satu serangan. Belum sempat ku selesai membaca mentera, bunyi siren kedengaran

Menandakan perlawanan telah tamat. Hanya 10 orang yang masih tersisa.

Gadis itu ku tajam tajam lalu ku pandang lagi jesyca.

"Okey?" Soalku. Dia mengangguk sambil memandang si gadis tadi dengan dahi yang berkerut. Risau si gadis akan kembali menyerang

"Don't mind her. We should go now"

"...yes" balasnya perlahan

Gadis itu ku kerling dan berbalas pandang dengannya sebentar lalu berlalu pergi dengan jesyca.

———ෆ

Tyfr. Vomment
Reedited : 04NOV2022

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now