18 | To Be Winner

2.2K 173 4
                                    

SUDAH empat hari berlalu semenjak berita kematian Sherly tersebar.

Awalnya, ianya menjadi topik hangat. Akan tetapi disebabkan LAC masih berlangsung, cerita mengenainya perlahan lahan surut

Untuk hari ini, event yang akan dilancarkan adalah To Be Winner.

Setelah mengikat tali berwarna merah ke pergelangan tanganku, ku ambil lagi tali merah lainnya lalu diikat pada pergelangan tangan Jesyca.

"Kau nak ikut aku tak sepanjang match ni? " soalku pada Jesyca yang sedang mengunyah makanan.

"Urmm, taklah kot. Lagi pun match sekarang kalau tersingkir, boleh hidup balik lepas satu minit jadi kalau takde kau pun aku rasa aku okey je." celotehnya.

"Kau yakin? Tanpa aku, pasti kau akan tersingkir berkali kali. " balasku dengan senyuman senget.

Ini bukan sekadar ejekan. Bahkan lisa yang tolol tu pun tau sangat yang Jesyca takkan dapat bertahan lama kat luar sana.

Bagi orang lain pun, pasti mereka akan jadikan Jesyca sebagai target disebabkan fizikalnya yang terlihat lemah. Walau hakikatnya, dia memang benar benar lemah.

"pfft, buahahaha! Sekali sekala aku setuju dengan si lyn. Kau tu dahlah lemah, nak pulak jauh jauh dari dia. Tak pasal pasal mati berkali kali hahahah! " lisa ketawa terbahak bahak.

"Hei, lisa! Tak payah menyampuklah bila kami dua bercakap. Aku ni memang lemah tapi taklah lemah sangat to the point aku akan mati berkali kali kat match tu nanti!" rungutnya dengan mulut yang dicebik.

❥————

"Huft huft huft.. " jesyca menghembuskan nafasnya dengan dada yang naik turun serta peluh yang membasahi seluruh wajahnya.

"Apesal diorang semua serakah weh? Aku belum buat apa apa dah kena serang dulu.  Penatlah mati balik balik. Dahtu, satu minit pun rasa macam cepat sangat, aku nak rehat kejap pun tak boleh" sapu tangan dilap pada muka.

"Nasib aku sorang je kalau tak memalukan je kalau diorang nampak aku mati berkali kali. Terutamanya perempuan gila tu, si Lisa " belum sempat dia ingin duduk kedengaran suara kuat berasal dari belakangnya.

"HuAAAA!! DIEEEE !!" perempuan itu berlari pantas dengan bebola api disekelilingnya.  Mata jesyca membesar melihat itu lalu tanpa membuang masa dia berdiri untuk melarikan diri.

"ARGH! MATI KAU!"

"AHH NOO ! Jangan serang aku, aku baru je hidup woi. LYN! HELP ME !! "

————⚔

BUK!

"AUCH! " keluhnya setelah kepalanya dihantuk pada kepala temannya.

Jarak ku ambil dari mereka lalu mata melihat sekeliling.

Terdapat banyak peserta dari pelbagai academy berkumpul ke sini. Melihat akan posisi dimana kini mereka semua mengelilingiku, sudah pastinya aku sasaran mereka.

Aku tak tahu sebanyak mana masa telah berlalu tetapi aku yakin ianya sudah melebihi 2 jam. Aku berhasil bertahan dalam dua jam itu tanpa tersingkir sekali pun dan menyingkirkan banyak orang.

Tetapi melihat keadaan sekarang dimana aku lelah dan malah dikepung, mungkin aku akan tersingkir tak lama lagi.

Sihir angin dan ais ku pasang pada kedua tangan ku taktala melihat mereka mulai menyerangku.

"urg" dahiku kerutkan sambil mengelak dan membalas serangan mereka yang tak henti hentinya.

Belum sempat ku teleportkan diriku jauh dari mereka, seseorang menarik lalu menyerangku dengan sihir api.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now