♔BAB 28 ♔ LYN PAST

Start from the beginning
                                    

"Dah selesai makan? Kalau sudah, pakai jaket ni. Sekarang kita akan pergi ke pasar." Terkedu aku mendengar ayatnya. Padahal aku belum sempat pun rehat lama lama, tapi dia kata nak pergi sekarang?

Seperti biasa, walaupun aku tidak menyenangi arahannya, aku tetap mengakurinya. Tangganku genggam kuat.

"Mulai sekarang aku akan panggil princess dengan panggilan biasa. Sebab kalau aku teruskan memanggil princess dengan panggilan diraja, identiti princess boleh terbongkar. aku tahu ianya cukup biadap, tapi aku tidak ada pilihan lain. "

"Panggilan.. Lain? " Dia mengangguk sambil meneruskan langkah.

"Jadi Fandy pun akan panggil saya Eyin?" Pantas dia menggeleng.

"Tidak. Memanggil princess dengan panggilan tersebut cukup berbahaya. Mungkin saja ada orang lain yang mengetahui itu adalah nama princess. Aku tidak ingin mengambil langkah yang berisiko" Mulut ku kemam. Berbahaya? Apa yang salah dengan namaku sampai ia menjadi bahaya?

"Kalau begitu.. Nama saya?"

"Mhm.. Kalau Vee? Apa princess menyukai nama tersebut?" Dia menyoal dengan nada yang sedikit ceria. Mungkin berpuas hati atas pilihannya. Keningku tautkan.

"Err.. Ejaannya macam mana ya? V saja atau Vi? Ataupun Vee? A-atau Vih? Atau--" Teragak agak aku ingin meneruskan ayat taktala melihat raut wajah Fandy yang berubah sesal.

"Em, kita cari nama lain jelah eh?" Dia meraup mukanya lalu kembali melangkah. Namun tidak lama dia memberhentikan langkahnya secara mendadak. Aku yang dibelakang turut terhenti akibat terkejut.

"Kalau Lyn?" Matanya bersinar menunggu balasanku. Mataku terkedip kedip. Mencoba memproses soalannya sebentar tadi.

"l-lyn?" tanyaku lagi. Dia mengangguk pantas.

"Ejaa-"belum sempat ayatku habis dia suda memotongnya.

"L.Y.N. Lyn! " Aku mendiamkan diri sebentar sebelum mengukir senyuman lebar. Kepalaku angguk laju.

Setelah itu, kami tiba didalam pasar. Fandy membawaku kekedai pakaian yang sedikit besar. Rambang mataku melihat segala pakaian yang ada disana. Yalah, selama ini yang bertumpuk dialmari pakaian aku kat istana hanya dress saja. Seluar atau apapun memang aku tak pernah pakai.
"Lyn, carilah pakaian yang lyn nak. Aku pusing pusing dulu kedai ni. Nak cari barangan yang menarik." selepas berkata, dia berlalu pergi. Aku tanpa berlengah menuju ke pakaian yang penuh dengan seluar. Mak cik mak cik yang disebelah aku kerling sebentar.

"Tengok lah budak tu. Dahlah girlfriend keliling pinggang, ada anak pulak. Tak patut betul. Dalam usia semuda dia, dah ada anak sebesar ni? Heh, memang teruklah." terhenti segala perbuatanku. Mata mengarah kearah makcik makcik tersebut. Arah pandangan mereka kupandang.

Fandy?

"Dahlah tak tahu malu. Dah kena caci maki, kena hina pun, bukannya nak berambus dari kampung ni. Lagilah dia nak buat masalah sana sini." makcik yang mukanya gelap seperti arang mencaci bersama mulut yang dijuih juihkan.

"huh, tak payahlah kau kesah sangat dengan budak tak tau malu tu. Dia kan anak luar nikah. Tak hairanlah kalau perangai dia macam iblis" terketar ketar badanku mendengar segala cacian mereka.

Sepanjang aku hidup, aku memang tak pernah melihat orang memaki. Mendengar apalagi.

"k-kalau diorang tahu yang saya ni princess Erea diorang pasti menyesal dan h-heh, saya akan buat diorang melutut dan meminta maaf." gumamku perlahan. Bibir mengukir senyuman senget.

"Apa kalian sudah puas menghina? Tidakkah kalian tahu y-yang saya ini prin-"

"lyn!" Tergesa gesa Fandy mendekatku. Dia menarikku agar berada dibelakangnya.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now