28. S T O P

2.7K 239 78
                                    

'King Of Psycho'

Stop! In the name of love
Before you break my heart
Think it over
Think it over

***

Dari jauh aku dapat lihat kemesraan mereka berdua didepan sana. Makanan yang tersedia langsung tidak membangkitkan selera makanku, mungkin juga aku cemburu?

"Aisha, kau nampak macam tak sihat." Secara mengejut dahi aku disentuh seseorang daripada tepi. Danny disebelah berkerut sambil tapak tangannya sibuk memeriksa suhu badanku

Tangan sendiri naik lalu menepis tangannya daripada terus menerus menyentuh dahiku. Jelingan aku hadiahkan kepadanya

"Kau demam?" Aku tak menjawab, aku demam? Mungkin itu juga adalah salah satu sebab aku hilang selera makan. Mata naik mengerling Atthar disebelah sana

Zapp!

Sepasang mata itu sedang merenung aku dari jauh. Serta merta kepala aku tundukkan kebawah semula

"Kalau kau tak sihat, aku boleh--

"Jangan kacau aku boleh tak? Aku tak perlukan bantuan penghianat macam kau." Kata katanya terhenti serta merta tetapi matanya sarat dengan pandangan sayu

Dia ni dah kenapa? Lain macam pula aku tengok

"Chill Aisha. Dia nak tolong kau je." Balas wanita yang berada disebelah Atthar ketika ini. Wajah kemenangannya ditayang apabila dengan sengaja kepalanya diletakkan diatas bahu Atthar

Aku juga tidak mengerti mengapa badan sendiri terasa lemah. Mungkin ini disebabkan aku langsung tidak menyentuh apa apa makanan daripada semalam?

Tidak mahu berlama disitu, aku bangun daripada dudukku tetapi apabila terasa dunia seakan akan berputar, kakiku tidak mampu menahan keseimbangan badan sendiri

Belum sempat aku jatuh terbaring dilantai, satu lengan kekar sudah menahan pinggang aku terlebih dahulu. Gayanya seperti didalam sinetron sahaja, hah! Sempat berangan pula!

"Aisha, kau tak sihat ni." Danny berbisik betul betul ditepi telinga aku. Apa masalah lelaki ini? Kenapa dia tiba tiba berubah baik dan sanggup membantu aku?

Aku menggeleng tetapi tiada kudrat untuk menolak lengannya yang masih berada di pinggang aku. Tertanya tanya juga, apakah reaksi Atthar ketika ini?

"Biar aku yang angkat dia." Baru sahaja teringatkan lelaki itu, tiba tiba sahaja muncul didepan bersama wajah tanpa senyumannya

Rasa cemburu semakin berleluasa menyebabkan aku menggeleng kepala laju. Lantak lah Danny ke apa!

"Danny kau--

"Let me." Lengan aku ditarik kehadapan sehingga kepala sendiri terhantuk betul betul pada dada bidang lelaki ini. Semakin bertambah pening kepala aku dibuatnya

"Saya bukannya sakit sangat pun. Lepaslah." Aku cuba menggelak lagi tetapi kekuatan Atthar masih tidak mampu aku kalahkan. Ilmu apa yang lelaki ini gunakan?

"Kalau dia tak selesa dengan kau, aku boleh hantarkan." Danny menawarkan diri lagi. Tapi aku bukan boleh percaya sangat 100% lelaki penghianat ni

"It's okay. Thankyou." Bukan aku tetapi Atthar yang membalas sebelum lengan aku kembali ditarik olehnya keluar dari ruang makan. Sempat aku mengesan wajah cemberut milik Ema

Tawa jahat aku meletus didalam hati. Semalam kau boleh gedik-gedik depan aku, sekarang kau tengok siapa yang--

"Suka lelaki lain pegang kau?" Terus tersedar daripada lamunan ciptaan sendiri, langkah kaki Atthar dan aku terhenti dipertengahan jalan tanpa aku tahu sebabnya

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now