9. A L A D D I N

5.1K 325 13
                                    

'King Of Psycho'

A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us, "no"
Or where to go
Or say we're only dreaming
A whole new world
A dazzling place I never knew
But when I'm way up here
It's crystal clear
That now I'm in a whole new world with you

***


Aku hanya memerhati tingkah laku kanak kanak lelaki dan perempuan dihadapan aku yang sedang sibuk menekan sesuatu daripada remote control kearah tv yang berada didalam bilik itu. Mereka mengelarkannya bilik wayang

"Kak Aisha kita tengok cerita Aladdin ya?" Aku dengar si abang menyoal. Matanya leka memandang skrin television tersebut. "Apa-apa cerita pun akak tak kisah." Balasan aku disabut dengan anggukan mereka

"Kitorang penah tengok cerita ni dengan abang Atthar!" Bersungguh sungguh si adik bercerita. Walaupun umur mereka 4 tahun tetapi bagi aku mereka ini seakan akan berusia 9 tahun sahaja

"Jadi korang pernah tengok. Then tengok balik?" Mereka mengangguk lagi. Mungkin cerita ini tak bosan jadi mereka selalu menggulanginya macam orang dewasa juga. Kalau cerita tu best memang banyak kali tengok pun tak bosan

"Boleh bagi tahu akak cerita ni pasal apa?" Dua adik beradik itu berpandangan antara satu sama lain. "Mana boleh. Akak kena lah tengok sendiri." Balas Qaila sebelum mata aku dipandangnya dalam

"Kenapa akak pakai tudung kat sini?" Soalnya dengan mata birunya itu dikerlipkan beberapa kali. "Sebab nanti kalau ada orang masuk mereka ternampak aurat akak macam mana?" Aku mengusap lembut rambutnya

"Mana ada siapa boleh masuk akak. Ini kan bilik wayang abang Atthar." Si abang bersuara pula. Kalini aku memandangnya dengan kerutan

"Bilik wayang abang Atthar?" Mereka mengangguk laju

"Kat istana ni ada 3 bilik wayang. Satu untuk abang Atthar, satu abang Qaliff. Dan yang lagi satu untuk orang lain." Mereka menyambung. Aku hanya mendengar kata kata mereka dengan teliti

"Orang lain tu siapa?"

"Orang lain tu macam raja-raja lain yang datang ke istana ni lah. Ataupun pembantu istana ni. Mereka boleh tengok kat situ." Aku mula faham. Mungkin aku kena banyakkan berjalan kat istana ni, semuanya aku tak tahu

"Mika dengan Qaila pernah pergi semua tempat dalam istana ni?" Mereka memandang antara satu sama lain

"Belum lagi sebab kitorang tak selalu pergi sini. Bonda jarang balik sini." Tutur si adik perlahan. "Tak apa. Nanti kita jalan sama-sama nak?" Mereka kelihatan ceria apabila aku berkata begitu. Laju sahaja kepala dianggukkan

"Akak masih nak pakai tudung?" Soalnya lagi. Aku memandang wajah mereka silih ganti. "Kenapa nak sangat akak bukak tudung sayang?" Dagu si kecil aku cubit perlahan

"Sebab Qaila tak pernah nampak rambut kak Aisha." Balasnya dengan suara kecil itu. Aku tergelak halus

"Baiklah. Akak bukak okay?" Tudung yang tersarung diatas kepala aku tarik perlahan lahan berserta scarf menampakkan keseluruhan rambut aku

"Rambut akak cantik!" Puji si kecil. Tangannya leka membelai rambut aku. Pandangan aku alihkan kearah si abang yang memandang bosan sahaja. Menunggu kami habis berbual mungkin?

"Kak Aisha. Macam mana akak buat rambut macam ni? Qaila nak juga rambut macam ni." Mata bulatnya langsung tidak dialihkan memandang ketempat lain selain rambut aku. "Kenapa rambut kak Aisha yang atas warna hitam yang bawah warna coklat?" Mungkin dia masih keliru dengan warna rambut aku

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now