6. D A N N Y

5.9K 343 27
                                    

'King Of Psycho'

And you could have it all
My empire of dirt
I will let you down
I will make you hurt
I wear this crown of thorns
Upon my liars chair
Full of broken thoughts
I cannot repair

***

Sudah tiga minggu berlalu. Rakan rakan aku juga sudah balik ke rumah kerana mereka masih bekerja. Sedangkan aku? Masih berada didalam istana ini tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Mungkin Kak Yati sudah buang aku dari kerja. Entahlah

Tetapi aku bersyukur kerana setiap hari ada juga aktiviti yang akan aku lakukan

Haritu mereka ada ukur badan aku untuk dress yang Atthar lukis mungkin? Tapi bukan itu sahaja esoknya aku dipaksa memilih warna baju untuk nikah bersama Atthar

Lepastu kami pergi beli cincin dan juga memilih tempat untuk bernikah. Dan jawapannya adalah didalam istana ini juga. Atthar kata semasa majlis perkahwinan kami tu dia akan jemput rakyat datang untuk menyaksikannya sekali

Baru aku tahu dia seorang lelaki yang cerewet bab perkahwinan. Hm gedik sangat

Haritu sahaja lah aku berjumpa dengan dia. Itu pun dua minggu yang lepas maknanya aku sudah lama tidak bertemu dengannya

Khadijah kata dia busy. Hm entahlah

"Termenung apa je queen Aisha?" Suara Khadijah menyentakkan lamunan aku. Mata terus beralih memandangnya yang sibuk dengan barang barang hantaran

Atthar memberikan aku kebebasan untuk memilih barang hantaran untuknya. Jadi aku hanya memilih senaskah Al-quran, seutas jam tangan, sepasang kasut kulit dan juga sehelai baju kemeja.

Walaupun sehelai baju kemeja tapi harganya itu langsung tidak aku sangkakan. Mahalnya sama sahaja dengan mahal seutas rantai emas.

"Jangan lah panggil saya queen Khadijah. Malu saya." Aku mula menggeleng gelengkan kepala. Dia hanya tersengih suka

"Kenapa pulak tak boleh Aisha? Awak kan bakal kahwin dengan King?" Khadijah mula menyoal aku kembali. Aku membalasnya dengan keluhan

Aku rindukan Haikal.

Astagfirullah Aisha! Berdosa kau ingat lelaki bukan mahram kau!

"Kenapa mengeluh? Semua orang nak sangat kahwin dengan King tapi awak masih lagi mengeluh dan termenung." Aku tahu mesti Khadijah selalu perhati aku sejak dua menjak ni

"Khadijah awak dah ada pilihan hati?" Aku menjatuhkan pandangan kearahnya. Dia berhenti melakukan kerjanya sebelum kakinya mula menapak kearah aku dalam keadaan teruja

"Awak tanya saya ke? Betul awak nak tahu?" Matanya sekan bersinar sinar memandang aku. Aku yang sedang duduk diatas katil mula mengangguk ingin tahu

"Saya dah ada tunang." Aku tersentak.

"Awak tak pernah bagi tahu saya pun." Dia hanya tersengih sendirian. "Awak tak tanya takkan lah saya nak bagi tahu. Nanti kang awak cop saya ni syok sendiri." Balasnya bersahaja

"Okay then. Ceritakan kat saya tentang tunang awak." Dia meramas ramas kedua belah tangan sebelum memandang kearah lain. Aku sudah mula mengerutkan dahi. Kenapa pulak dengan dia ni?

"Dia orang biasa sahaja Aisha. Kami berjumpa tahun lepas. Masa tu dia datang ke istana ni untuk menghantar barang yang dipesan King. Entah macam mana saya boleh terfalling in love dengan dia." Bibir merah jambunya digigit perlahan

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now