4. K I L L

6.4K 387 19
                                    

'King Of Psycho'

Feelin' like a sinner
It's so fire with her I go boo hoo
She said you look crazy
Thank you baby
I owe it all to you
Got me all messed up
This love is my favorite
But you plus me
Sadly can be dangerous

***

Wajah Aisha yang berada diatas katil dipandangnya tajam

"Sekali lagi dia hilang. Beta tak akan maafkan kamu." Atthar memandang wajah Ema yang sudah menunduk kebawah. "Beta akan pastikan kamu dihukum."

"Maafkan patik tuanku. Patik berjanji akan menjaga puan Aisha dengan sebaik-baiknya." Ema mula menunduk beberapa kali

Mata mereka berdua mula tertumpu pada Aisha yang mula menggerakkan tubuhnya. Mata yang terpejam dibuka luas sebelum dia mula bangun dari perbaringannya

Tangannya ligat memastikan sama ada pakaiannya itu masih berada ditubuhnya ataupun tidak

"Alhamdulillah." Dia bersyukur pakaian dan tudungnya masih tersarung lagi. Matanya mula memandang kelibat Atthar dan Ema yang memandangnya sejak dar tadi

"Dah sedar?" Soal Atthar dingin. Langsung tiada secalit senyuman diwajahnya

Aisha mula menunduk. Kenapa dia masih berada didalam istana ni? Dia mahu keluar dari tempat ni! Dia risaukan tentang sahabatnya yang berada dirumah dan juga

Haikal.

"Termenung teringat peristiwa malam tadi ke?" Mata Aisha mula beralih memandang wajah Atthar yang mula mengukir senyuman nakal. Langsung tidak menghiraukan Ema yang berada disitu

"Saya tak ada masa nak ingat semua tu." Balas Aisha dingin. Wajah Atthar dijelingnya geram. Buang masa je nak ingat semua tu! Night mare!

"Are you sure sayang?" Wajah Aisha dipandangnya dalam. Aisha segera melarikan matanya kearah lain

"Ema. Beta nak kamu siapkan dia kerana beta ada kejutan yang besar untuknya." Senyuman Atthar membuatkan Aisha berasa tidak senang hati

"Kejutan apa?" Soal Aisha dengan kerutan. Hatinya tiba tiba berasa berdebar

"Secret." Atthar tersenyum penuh makna sebelum melangkah keluar dari situ. Ema dan Aisha hanya memandang kelibat lelaki itu sehingga tiada jejak

"Puan. Kenapa puan buat kat saya macam tu semalam?" Ema menyoal Aisha dengan lembut. Aisha memandangnya dengan rasa serba salah

"Saya mintak maaf. Saya terpaksa."

"Saya tak kisah puan tapi kalau puan buat lagi kemungkinan besar saya akan dihukum." Aisha memejamkan mata rapat sebelum wajah Ema dipandangnya sayu

"Saya akan pastikan awak tidak akan dihukum Ema." Tangan Ema digengamnya erat. Ema menggeleng laju

"Tak apa puan. Saya rela dihukum kalau-

"This is all my fault Ema. Im sorry." Ema hanya mengukir senyuman. "Puan sangat baik." Kata katanya membuatkan Aisha juga mengukirkan senyuman

"Setiap manusia perlu berbuat baik sesama sendiri Ema."

Tiba tiba Aisha tersedar sesuatu. "Pukul berapa sekarang ni?" Soalnya sambil mata cuba mencari jika ada jam disini

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now