25. D E S E R V E

3.2K 328 123
                                    

'King Of Psycho'

And I hope you find somebody else
That'll love you like nobody else
And I hope he gives you something real, oh, I love you still
But you deserve better, better, better, better

***

Tangisan aku seka laju apabila telinga dapat mendengar langkah kaki seseorang berjalan kearahku. Kemudian aku juga dapat merasa tempat kosong diatas katil ini dinaiki manusia itu

"Stop crying Aisha. Tak ada siapa nak dengar kau menangis sekarang ni." Dia bersuara dingin. Siapa lagi kalau bukan suami aku Atthar

Bukan aku yang pinta air mata ini keluar tetapi aku mula teringat yang hanya aku seorang sahaja disini. Siapa mahu menemani aku selepas ni? Kalau sebelum ni aku masih ada Khadijah

Tetapi sekarang

"Aku cakap berhenti menangis." Rambut aku yang sengaja dibiarkan lepas dia tarik kuat membuatkan badan aku juga terikut tertarik kearahnya. Kepala aku terhantuk diatas dada bidang milik lelaki itu

"Dengan menangis boleh ubah sesuatu ke Aisha?" Dengan kasar belakang leherku ditarik menghadap wajah dinginnya itu. Aku takut jadi aku langsung tidak mengeluarkan suara

Hanya membiarkan Atthar melakukan apa sahaja yang dia mahu?

Bagaimana aku mahu menghalangnya lagi?

"Kau tahukan aku tak suka orang ingkar arahan aku? Kau nak aku buat macam mana lagi supaya kau boleh berhenti menangis?" Aku menggeleng sahaja mendengar cadangan lelaki itu

Tangannya yang masih berada dibelakang kepalaku, aku ambil perlahan lahan walaupun dia seperti tidak membenarkan ianya belaku. Aku genggam kemas sebelum mata birunya aku pandang dalam

Tangan kasarnya aku usap lembut dan tekaanku betul. Dia meronta tetapi tidak lama

Matanya yang tajam menikam mataku mula turun memandang sepasang tangan miliknya yang berada didalam peganganku. Dahinya berkerut seperti pelik dengan kelakuanku

Aku sendiri jugak pelik, apa yang kau buat ni Aisha?

Cuba untuk goda lelaki kasar ini? Tetapi apa salahnya kalau itu sahaja cara untuk melembutkan hati seorang Atthar

Kalau itu sahaja cara untuk kembalikan seorang Atthar yang lama

"Kenapa awak tak suka saya menangis?" Soalan aku membuatkan Atthar menelan air liur sendiri. Matanya yang dari tadi merenung tangan kami yang bersatu mula meliar kesekeliling

Mungkin sedang mencari jawapan?

"Atthar." Tangannya aku lepaskan lalu lehernya pula aku rangkul kemas. Nampaknya kelakuanku mampu mematikan segala perilakunya. Dia hanya mendiamkan diri langsung tiada tanda tanda untuk menolak

Aku tersenyum kecil

"Kenapa awak buat semua ni? Awak---

"Did you try to seduce me right now?" Aku terkedu dengan soalan daripada dirinya tetapi perlahan lahan aku mengangguk. Aku nak dia tahu niat sebenar aku lakukan semua ini

"Kenapa?" Dia soal lagi

"Sebab saya nak hidupkan kembali Atthar yang lama. Saya tahu dia masih ada dalam diri awak." Rambutnya yang lebat itu aku usap lembut. Sudah lama aku mahu melakukan semua ini

"Kau nak dia semula?" Pinggang aku ditarik merapat sebelum diramas perlahan. Laju sahaja aku mengangguk bagi persoalan tadi, memang benar aku mahukan Atthar yang lama

King Of Psycho| TheKing'sPoisonحيث تعيش القصص. اكتشف الآن