15. K A R L

5.4K 331 28
                                    

'King Of Psycho'

I need somebody to heal
Somebody to know
Somebody to have
Somebody to hold
It's easy to say
But it's never the same
I guess I kinda liked the way you numbed all the pain

***

Aku terbangun dari tidurku. Kepala masih lagi berdenyut membuatkan tangan terus naik menyentuh kepala sendiri. Aku meringis sakit sewaktu tangan kanan dinaikkan keatas, lupa pula tentang bahu kanan yang tercedera

"Aisha dah bangun?" Suara seseorang menyapa gegendang telingaku. Aku menoleh sedikit kekiri untuk memastikan siapakah gerangan yang bersuara itu. Ternyata ianya Khadijah

Aku tersenyum sahaja

"Aisha tunggu sebentar, saya panggil tuanku ya?" Belum sempat aku membalas, Khadijah sudahpun melangkah keluar dari situ. Aku bukan tak mahu jumpa Atthar tetapi aku masih belum bersedia bersemuka dengannya selepas apa yang berlaku antara kami

Aku takut dia masih marahkan aku dan aku taknak perkara itu berulang lagi

"Bila dia sedar?" Suara Atthar yang sememangnya kasar itu membuatkan aku kecut perut. Terus sahaja mata tertutup rapat serapat rapatnya

"Dalam 5 minit yang lepas tuanku." Suara Khadijah pula menjawab persoalan Atthar. Aku terdengar bunyi pintu ditutup juga menandakan yang Khadijah sudah meninggalkan kami berdua

"Bangun." Arahannya aku ikut. Mata yang tertutup rapat tadi terus terbuka luas. Wajah Atthar yang memandang aku sambil membuka baju t-shirtnya menjadi pandangan pertama setelah membuka mata

"Bangun dulu baru makan." Sekali lagi arahannya aku ikut tetapi terhenti apabila luka dibahu terasa amat pedih ketika ini. Mulut sudah mula meringis kesakitan. Bahu yang terasa sakit disentuh perlahan

"Sini." Atthar datang menghampiri sebelum membantu aku menyelesakan tempat duduk. Perasaan malu mula bertandang apabila tangan aku tersentuh kulit Atthar yang tidak berlapik. Kenapa terasa begitu janggal?

"Aku suruh Khadijah sediakan makanan untuk kau. Nak aku suap ataupun nak makan sendiri?" Soal Atthar acuh tak acuh. Mungkin dia masih lagi terasa dengan apa yang aku cakap semalam?

"Awak suap." Balas aku dengan sengihan walaupun wajah Atthar langsung tidak menunjukkan wajah suka ataupun marah sama sekali. Aku suruh dia suapkan bukan sebab aku ni gedik, tapi rasa menyengat kat bahu ni semakin menjadi jadi kalau aku angkat tangan

Nak taknak terpaksa lah dia suapkan aku

"Atthar saya sayang awak." Atthar yang sedang mengacau bubur terus sahaja menghentikan pergerakannya. Dari pada menunduk, kepalanya diangkat memandang wajah aku. Kerutan didahi mula terhasil

"Kenapa tiba-tiba?" Soalnya sambil sesudu bubur dimasukkan kedalam mulutku. Aku tersenyum sebelum menggengam tangannya menggunakan tangan kiri. Dah itu je yang boleh gerak kan?

"Saya nak awak tahu." Balasan aku disambut senyuman sinisnya. Entah kenapa aku rasa seperti berkecil hati dengan sikapnya sekarang ini. Dia seakan akan mengejek aku sahaja

"Awak sayang saya tak Atthar?" Soal aku lagi. Dia merenung aku tanpa lepas sebelum mengangkat kedua belah bahunya keatas

"I don't know." Aku hampa. Terlalu hampa sehingga sesudu bubur yang ingin dimasukkan kedalam mulutku ditolak ketepi. Pandangan mata aku alihkan memandang kearah lain

"Aisha makan ni." Aku menggeleng laju sebelum sudu yang berisi bubur itu aku tolak jauh. Atthar masih lagi cuba untuk memasukkan makanan tersebut kedalam mulutku tetapi aku kunci mulut ini rapat rapat

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now