24. T U D U N G

3.8K 319 161
                                    

'King Of Psycho'

When the tears come streaming down your face
'Cause you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
What could it be worse?

***

Termenung sendirian dihadapan jendela didalam bilikku sendiri. Aiden yang berada didalam pelukanku sudah tidur nyenyak sedari tadi. Pipi tembamnya aku cubit perlahan

Fikiranku kembali memikirkan tentang kejadian malam tadi. Selepas kami berdua masuk semula kedalam istana, dia hanya memandang aku sinis sebelum mengesat bibirnya sendiri

Gayanya seperti sedang menghampuskan ciuman yang diciptanya sebelum itu. Wajahnya pula menunjukkan yang dia seperti jijik dengan diriku

Bukan aku yang mulakan tetapi dia

Dan selepas itu dia meninggalkan aku seorang diri. Langsung tidak masuk kedalam bilik dan tidak munculkan diri sejak pagi tadi. Aku tak tahu dia dimana

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik yang diketuk dari luar menyentakkan lamunan aku. Aiden yang sedang tidur juga seperti terganggu akibat ketukan pintu yang kedengaran sedikit kuat itu

"Aisha! Saya rasa Tuanku sedang buat kerja gila dekat bawah." Cemas wanita itu berbicara. Dari raut wajahnya kelihatan dia seperti baru sahaja berlari dari tingkat bawah menuju kesini. Aiden yang sudah terjaga, aku berikan kepadanya

"Apa Atthar buat?" Khadijah dibelakang tidak menjawab. Kakinya hanya mengikut langkah kakiku sahaja

"Berapa kali aku nak ulang? Siapa dekat sini yang boleh jadi dayang sahaja dibenarkan berkerja, yang lain boleh berambus." Atthar duduk diatas kerusi yang berada ditengah tengah kawasan itu manakala pekerja istana ini berada disekitarnya

"Tapi Tuanku. Saya dapat tahu dayang tidak dibenarkan memakai tudung lagi." Seorang pekerja istana bersuara takut takut. Kepalanya ditunduk kebawah, mungkin takut jika diapa apakan

"Ya, dayang tidak boleh memakai tudung. Pekerja didalam istana ini pun sama." Aku dan Khadijah sama sama tersentak dibalik tiang besar yang berada disitu. Aku pandang Khadijah dan Khadijah memandang aku

"Jadi siapa yang masih mahu bekerja disini tunggu, dan siapa yang tidak mampu buat apa yang aku nak boleh pergi dari sini dengan segera. Sebab aku tak perlukan pekerja yang tidak mendengar arahan." Aku keluar dari tempat persebunyian. Kaki melangkah kearah lelaki itu

"Apa semua ni Atthar? Awak paksa mereka buka tudung pula sekarang?" Lelaki itu langsung tidak memandang aku malah matanya masih memandang jari jemarinya sendiri

Entah apa yang difikirkan pun aku tak tahu

"Siapa kau nak membantah?" Soalnya sinis sebelum mula berdiri dihadapanku. Debaran didada semakin kuat ketika dirinya dengan sengaja menarik aku merapatinya

"Siapa kau sayang?" Badannya sedikit membongkok untuk menyamakan tinggi kami berdua. Panahan matanya aku balas kembali tetapi tidak lama

Aku takut mata itu

"Jangan buat macam ni Atthar. Mereka perlukan kerja dan awak---

"You still don't get it right? Aku tanya, siapa kau nak bantah arahan aku?" Seperti terpukau, mulut aku langsung tidak mengeluarkan suara untuk melawan kata katanya. Dia merapatkan kedudukan kami sebelum berbisik

"Play nice my wife. Jangan buat aku marah okay?" Kepala aku yang berbalut tudung diusapnya perlahan

"Jadi ada siapa-siapa masih mahu bekerja disini?" Soalan Atthar kedengaran ceria tetapi tidak bagi aku. Dia memaksa mereka meninggalkan pekerjaan sekali gus maruah mereka

King Of Psycho| TheKing'sPoisonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora