23. H A L A U

3.5K 280 88
                                    

'King Of Psycho'

Ooh, the reason I hold on
Ooh, 'cause I need this hole gone
Well, funny you're the broken one
But I'm the only one who needed saving
'Cause when you never see the light
It's hard to know which one of us is caving

***

Telekung aku buka lalu dilipat dengan segera. Fikiran aku masih lagi tidak beralih daripada persembahan malam tadi

Aiden yang sedang tidur diatas katil aku pandang lama

Kenapa lelaki itu seperti tidak merindui isteri dan anaknya ini? Dan kemana dia pergi selepas persembahan itu? Kenapa dia tidak masuk kedalam bilik untuk bertemu aku dan Aiden semula?

Apa yang terjadi pada dirinya beberapa bulan ini?

Terlalu banyak persoalan yang membuatkan kepala aku sendiri terasa pening memikirkannya. Tetapi persoalan utama, apa yang dimaksudkannya dengan kata kata terakhir miliknya malam tadi?

Kenapa aku perlu menyesal dan apa yang aku buat pada dirinya?

Malas mahu berteka teki laju sahaja kaki aku bergerak menuju kearah Aiden yang masih tidur nyenyak diatas katil. Ingin dikejutkan tidak sampai hati lagipun si kecil ini pasti terlalu penat semalam

Katil dipanjat sebelum badan dibaringkan betul betul disisi Aiden. Punggungnya aku tepuk perlahan lahan sambil mulut mengalunkan zikir zikir buatnya

"Aisha." Tanpa ketukan, hanya suara yang memainkan peranan dibalik pintu bilik itu. Sudah semestinya ianya Khadijah yang akan menjemput aku untuk bersarapan bersama

"Sarapan sudah siap?" Soalku selepas pintu dibuka. Khadijah mengangguk laju sebelum tersenyum manis

"Tuanku--Atthar ada sekali?" Soal aku takut takut. Khadijah yang masih merenungku langsung tidak mengangguk mahupun menggeleng. "Saya tak pasti lagi Aisha tapi masa saya nak sediakan makanan, saya tak nampak pula kelibat Tuanku." Balasnya perlahan

"Tak apalah, saya tanya je. Khadijah boleh tak tolong tengok-tengokkan Aiden tak sebab saya tak sampai hati nak kejutkan dia. Penat sangat nampak gayanya." Sekilas aku menoleh memandang bayi kecil itu. Masik nyenyak dialam mimpinya

"Boleh sangat Aisha. Awak pergilah makan." Selepas itu aku melangkah keluar menuju ketingkat bawah

Aku perlu melepasi ruang tamu sebelum ke ruang makan, pandangan aku terus terpaku kearah susuk tubuh seorang manusia yang sedang berbaring di salah satu sofa disitu

Tanpa segan silu kaki terus dibawa kearahnya. Bibir aku kemam apabila mengetahui ianya adalah suamiku sendiri. Suami yang aku rindukan

Tetapi mengapa dia tidur disini bukan didalam bilik?

Perlahan lahan aku bercangkung dihadapan lelaki itu. Lengan kanannya terletak elok diatas dahi manakala nafasnya kedengaran teratur sahaja. Mungkin dia terlalu penat dan memilih untuk tidur disini

Lama aku menatap wajah Atthar sehingga tidak sedar yang jari jemari mula gatal ingin menyentuh rambut lelaki itu

Mata yang tertutup tadi terus sahaja terbuka dan bersatu dengan sepasang mata milikku. Matanya biru sama seperti dulu tetapi mengapa semalam ianya bewarna merah?

"Kau buat apa ni?" Soalannya kedengaran sedikit kasar dipendegaranku. Dia menggunakan bahasa yang lain daripada sebelum ini. Terus sahaja lelaki itu bangun dari perbaringannya

"Abang apa khabar?" Senyuman aku cuba ukirkan untuknya. Dia tidak menjawab malah tangannya sibuk mencapai sesuatu diatas meja

"Abang dah makan? Kita makan sama--

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now