20. L E A V E

4.2K 255 32
                                    

'King Of Psycho'

Without you, I feel broke
Like I'm half of a whole
Without you, I've got no hand to hold
Without you, I feel torn
Like a sail in a storm
Without you, I'm just a sad song
I'm just a sad song

***

"Aik, mana kak Aisha?" Aku menyoal Mika dan Qaila yang masih tidak berhenti ketawa dari tadi. Mereka kembali duduk seperti sediakala sebelum mengerakkan bahu keatas dan kebawah


"Tadi bukan kak Aisha ada kat sini ke?" Soal Mika sambil menggaru garu kepala sendiri. Mata pula diliarkan memandang sekeliling kawasan ruang tamu yang hanya menempatkan kami bertiga sahaja

Aku mengeluh perlahan. Mana pula perginya isteri kesayangan aku tu? Aku dah cakap kalau nak pergi mana mana, pergi dengan aku. Ni tidak. Tiba tiba sahaja dah menghilang

"Apa kata Abang Atthar pergi cari kak Aisha?" Cadang Qaila. Dia datang menghampiri aku lalu bahu aku ditepuk seakan akan memberikan aku semangat. Haih budak ni

"Mika dengan Qaila taknak tolong Abang cari kak Aisha?" Tangan mereka berdua aku gengam lalu dicium lembut. Mereka mula menayangkan reaksi jijik terhadap kelakuan aku sebentar tadi. Pantas ditarik kembali tangan masing masing

"Ei geli lah Abang Atthar!" Nyaring sahaja suara Qaila menjerit. Sambil sambil tangannya yang aku cium tadi dikesat berkali kali pada baju aku. Jijik sangat ke ciuman aku ni? Aisha suka je

"Ehem ehem. Apa yang memekak dari tadi ni? Sampai keatas aku dengar." Qaliff datang bersama sahabat sahabat aku yang lain. Alhamdulillah, antara persahabatan aku dengan Taufiq sudah kembali pulih. Sungguh aku menyesal kerana menuduhnya yang bukan bukan

"Tak ada apa-apa. Kau ada nampak Aisha tak? Tadi dia ada je kat sini tapi tiba-tiba tengok, dah hilang." Aku mula bangun dari dudukku. Memandang sekeliling kawasan sambil mulut menutur nama isteri sendiri

"Cuba lah kau cari lagi. Istana ni bukannya kecik." Aku mengangguk bersetuju dengan penyataan Harith tetapi aku sendiri berasa tidak sedap hati. "Boleh tak kita cari sama-sama?" Soalan aku menyentakkan mereka semua sekali. Mika dan Qaila sudah berlari entah kemana lepas sahaja mereka hadir tadi

"Kau okay tak ni Atthar? Lain macam je aku tengok." Umar menghampiriku lalu bahu aku ditarik sedikit kearahnya. Aku mengeluh lagi dan lagi

"Entahlah aku rasa tak sedap hati lah. Lagipun aku tak tahu mana Aisha pergi." Kaki sudah mula melangkah pergi dari ruang tamu. Masuk kedalam liff aku terdiam seketika bersama mereka semua

"Cuba lah kau ingat mana tempat kesukaan Aisha sekarang ni." Aku memandang lama butang liff, mencerna pertanyaan Taufiq sebentar tadi. Kenapa otak aku lambat berfungsi ketika ini? Dimana tempat kesukaan Aisha?

"Aku tak tahu." Kini aku mengetuk kepala sendiri. Takkan lah tempat kesukaan isteri kau pon boleh terlupa Atthar?

"Apa kata kita pergi perpustakaan. Aku rasa-

"Thank you brooooo!" Badan Qaliff aku tarik kedalam pelukan. Sedaya upaya lelaki itu menolak kembali badan aku menjauhinya tetapi aku masih lagi mengetatkan pelukan. Yang lain hanya menyaksikan kelakuan kami dengan tawa sahaja, tiada tanda tanda mahu membantu Qaliff tika ini

"Aku baru teringat yang dia kata dia nak pergi perpustakaan tadi. Jom lah." Butang liff aku tekan, tingkat yang menempatkan perpustakaan kami tuju. Aku baru teringat yang Aisha suka membaca akhir akhir ni

"Aku perlu tahu! Kenapa dia nak kau bunuh anak aku?" Kami berlima serentak terpaku dihadapan pintu masuk perpustakaan itu. Jelas dipendengaran kami suara itu suara Aisha. Tapi dia sedang bercakap dengan siapa?

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now