16. S E R A N G A N

4.5K 309 49
                                    

'King Of Psycho'

'Cause you brought out the best of me
A part of me I'd never seen
You took my soul wiped it clean
Our love was made for movie screens

***

Sudah dua bulan masa berlalu. Alhamdulillah kehidupan aku dan juga Atthar sehingga kehari ini baik baik sahaja. Tiada tengkingan yang diterima selepas kebenaran itu

Lukisan yang aku jumpa didalam perpustakaan itu adalah lukisan yang pernah Karl lukis suatu hari dahulu. Aku tak sangka Atthar memilih nama Karl ketika itu

Tak cukup sedap ke nama awak tu Atthar?

Aku tersenyum sendiri melihat Atthar yang sedang berlawan pedang bersama Qaliff didalam dewan tertutup ini. Aku tak tahu apa sebabnya mereka sering berlawan pedang beberapa hari ini

Berkata tentang Qaliff, syukur majlis nikah dia dan juga Huda berjalan dengan lancar. Tak sangka betul Huda kahwin dengan Qaliff. Rupa rupanya selama ni mereka memang selalu berjumpa!

"Aisha." Aku menoleh kesisi memandang Khadijah yang sedang membawa satu beg kertas. Dihulurkan beg kertas tersebut kepadaku

"Apa ni?" Soal aku ingin tahu. Beg kertas itu aku buka lalu dikeluarkan pakaian yang berada didalam itu. Dahi aku berkerut, cuba untuk mengigati dari mana datangnya pakaian pakaian ini

"Ini-

"Baju kau." Aku tersentak apabila mendengar suara Atthar yang kasar itu memotong kata kataku terlebih dahulu. Pandangan aku alihkan daripada menatap pakaian yang berada ditangan kearah Atthar yang sedang mengelap peluh dihujung sana

Khadijah menunduk seketika sebelum berlalu pergi dari sini

Aku masih lagi tidak lepas memandang Atthar yang sedang leka mengelap peluhnya. Baju putih yang diggunakannya melekat pada badan menandakan peluhnya juga turut membasahi badan

"Gatal punya isteri." Dia menapak kearah aku sebelum menghadiahkan senyuman paling manis yang boleh membuatkan hati mana mana wanita sekalipun cair. Dan aku antara wanita itu

"Awak kata ni baju saya?" Aku kembali kedalam dunia realiti apabila teringat tentang baju yang Khadijah berikan kepadaku tadi

"Kau tak ingat?" Aku menggeleng laju. Dia mengeluh seketika sebelum menarik nafas dalam sebelum menghembusnya dengan kuat

"Aku curi baju kau masa kau cuci baju kat sungai dulu. Kau tak ingat ke?" Dia melabuhkan punggung disebelah aku. Pandangan tidak diberikan kearahku tetapi dia fokus memandang beberapa orang lelaki yang sedang bermain pedang dihadapan. Ada juga yang sedang sibuk dengan senjata api

"Awak curi?"

"Yes sebab aku tengah geram dengan kau masa tu." Dagu aku ditarik kearahnya. Aku mengigit bibir untuk mengelakkan perasaan malu apabila bibir aku dan dia hampir sahaja bertemu

"Aku nampak kau dengan orang lain masa tu. Dia sibuk pegang-pegang kaki kau macam orang bodoh." Katanya sebelum melepaskan pegangan didagu aku

"Saya taknak pun dia pegang. Dia yang-

"Aku tahu. Sebab kau kan dah pernah bagi tahu aku dulu." Kata kataku terhenti disitu sahaja saat dia memotong percakapan aku dengan pantas sekali. Memori beberapa tahun lepas mula memainkan peranan

Flashback

"Mana kawan-kawan kau?" Karl menyoal seperti biasa. Aku yang masih berumur 12 tahun itu hanya menggelengkan kepala berkali kali. Karl tersenyum suka melihat reaksi yang aku berikan

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now