'King Of Psycho'
I put my armor on, show you how strong how I am
I put my armor on, I'll show you that I am, I'm unstoppable***
"Maafkan Atthar bonda, Atthar tahu bonda marahkan Atthar." Atthar bersuara perlahan sambil melutut dihadapan orang tuanya itu
Bonda diam tidak bersuara manakala yang lain turut sama melakukan hal yang sama
"Atthar sedar tak apa yang kamu dah buat?" Soalan bonda dibalas dengan tangisan kecil lelaki itu
"Tak-- bonda Atthar tak tahu apa yang Atthar buat." Bonda menatap anak lelakinya itu dengan penuh kekecewaan
Melihat perubahan mendadak Atthar membuatkan hatinya hancur, kelihatan seperti bukan anaknya lagi
"Apa yang kamu buat ni Atthar? Apa jadi dengan rambut kamu? Badan kamu?" Lelaki itu menggeleng lemah, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dia lakukan
Adalah perbuatannya ini salah?
"Kenapa kamu halang bonda dan yang lain masuk ke sini?" Bonda turut sama duduk melutut bersama anak lelakinya itu
"Apa yang Atthar buat ni salah ke bonda?" Soal Atthar perlahan
"Kamu tanya bonda semua yang kamu buat ni salah ataupun tak? Apa yang dah jadi ni Atthar?" Mata Atthar naik memandang bonda
"Atthar dah penat dengan semua ni! Otak ni! Kenapa semua orang cuba rosakkan pemikiran Atthar?" Lelaki itu menitiskan air matanya lagi
Penat apabila semua yang berada didalam pemikirannya tidak sama dengan perbualan orang lain
Apakah dia sudah gila?
Bonda memeluk tubuh Atthar dengan erat sambil mulutnya cuba memberikan kata kata semangat kepada anaknya itu
"Bonda minta maaf sebab tak ada disamping Atthar, bonda sayangkan Atthar." Rambut Atthar dibelainya lembut
"Bonda nak pulihkan keadaan Atthar semula, kita jadi macam dulu boleh?" Didalam hati Atthar sedikit menyumpah dengan kata kata bonda
Semua cuba nak pulihkan aku tapi kenapa satu cara pun tak berkesan
"Bangun, bonda nak kamu bawakan Aisha sarapan dan--
Kata kata bonda terhenti seketika, wanita tua itu mengeluh perlahan
"Jangan ingat bonda maafkan Atthar dengan apa yang Atthar dah buat dekat Aisha dan yang lain." Tegas bonda walaupun sebentar tadi hatinya menjadi lembut melihat anaknya menitiskan air mata
Tetapi apa yang telah dia lakukan kepada yang lain langsung tidak boleh diterima
Adakah anaknya ini masih waras?
"Minta maaf pada semua orang."
Atthar mengertap bibir sendiri sambil memandang sahabat sahabatnya termasuk adik kandungnya disekeliling
Dia menunduk sebelum mengambil sarapan pagi yang telah disediakan untuk diberikan kepada Aisha
Walaupun air mata jantannya keluar, tetapi yang sebenarnya hatinya masih tidak puas hati dengan semua yang berlaku tadi
Aku kena minta maaf dengan orang lain? Dia menyoal sendiri
Pintu lift terbuka, kakinya melangkah kearah biliknya yang menempatkan Aisha didalam. Tangan naik menggaru kepala sendiri
![](https://img.wattpad.com/cover/204041836-288-k18384.jpg)
YOU ARE READING
King Of Psycho| TheKing'sPoison
Romance'KING OF PSYCHO' 'EMPAYAR ATHA, GREAT ATHA EMPIRE' Grab a cop gun kinda crazy He's poison but tasty Yeah, people say, "Run, don't walk away" 'Cause he's sweet but a psycho A little bit psycho At night he's screamin' ...