14. G I L A

4.5K 326 55
                                    

'King Of Psycho'

Ouch I have lost myself again
Lost myself and I am nowhere to be found
Yeah I think that I might break
Lost myself again and I feel unsafe

***

Aku memerhati sahaja tingkah laku Atthar yang sedang bersoal jawab bersama Ema dihadapan. Dari semalam lagi dia menunjukkan sisi yang satu lagi kepadaku

Bila aku tanya dia akan jawab sepatah sahaja, kadang kadang langsung tak berjawab. Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia lagi. Mungkin dia terasa hati tetapi dimana puncanya?

"Aku tanya kau sekali lagi Ema. Siapa yang suruh kau buat macam tu kat aku?" Soal Atthar sedikit tegas. Aku rasa untuk soalan ini sudah lima kali diulang tetapi jawapan tetap sama

"Maafkan saya tuanku." Balas Ema sebelum menunduk kebawah. Atthar sudah mula meraup rambutnya kebelakang, gayanya seperti orang yang sedang serabut. Terlalu

BAM!!

Atthar menghentak kuat meja kayu dihadapannya dengan menggunakan kedua belah tangan sendiri. Wajah Ema dipandang tajam dan itu mampu membuatkan semua orang yang berada disitu terus mendiamkan diri

"Aku tanya kau siapa yang suruh kau buat macam ni! Kau tak faham bahasa ke ha?!" Atthar sudah menghampiri Ema yang berada dihadapan. Aku, Qaliff dan sahabat sahabat Atthar hanya memerhati dari jauh

"Kau nak aku bunuh kau ke perempuan?" Pisau lipat ditarik dari dalam poket seluarnya sebelum dihalakan kearah mata Ema supaya dia dapat melihat kebenaran dari kata kata Atthar. Ema menggeleng laju

"Saya taknak mati tuanku. Tolong lepaskan saya, saya janji tak akan leka lagi." Balasnya dengan air mata yang semakin membanjiri wajah putihnya itu. Kalini Atthar pula yang menggeleng

"Aku nak kau jawab dulu soalan aku. Kalau tak aku bunuh kau." Pisau itu ditekan lembut diatas kulit wajah wanita tak bertudung itu. Ema hanya mendiamkan diri dan menggeleng gelengkan kepalanya tanda tidak akan memberitahu Atthar tentang itu

"Kau jangan cabar aku. Aku cakap aku buat." Atthar bersuara keras sebelum rambut Ema ditarik kuat keatas

"Tuanku-tuanku lepaskan saya. Tolonglah! Saya janji tak akan ulang lagi." Rintihnya dengan suara yang agak perlahan kerana kesakitan yang sedang dialaminya tika ini

"Atthar. Aku rasa ada baiknya kita kasi dia peluang kedua." Aku tersentak apabila ada seseorang bersuara antara kami. Kepala aku tertoleh memandang kearah Danny yang bersuara tadi. Dia nak lepaskan pesalah? Gila ke?

Mata aku kembali memandang kehadapan dan bertembung dengan sepasang mata biru milik suamiku sendiri. Kemudian terus sahaja mata tersebut memandang ketempat lain. Jijik sangat ke?

"Kenapa pulak kau cakap macam tu? Kenapa pulak kena kasi peluang kedua?" Qaliff yang berada disisi aku bersuara dengan nada pelik. Itu juga adalah soalan yang bertandang didalam fikiran aku tika ini. Terima kasih Qaliff

"Bagi aku, takkan lah pekerja yang setia macam Ema ni tiba-tiba je buat hal macam tu? Kita kenal dia. Dia kerja kat sini dah lama dah." Balas Danny dengan angkuh sekali. Matanya sesekali memandang mata aku. Pelik

"Melainkan ada orang yang paksa dia buat macam tu." Semakin berkerut dahi aku apabila matanya hanya tertumpu pada aku sekarang ini. Apa sebenarnya yang dia nak ni?

"Itu lah soalan aku tadi Danny. Aku soal dia siapa yang suruh dia buat benda tu tapi kau sendiri dengar kan apa jawapan dia?" Atthar sudah mula memeluk tubuh sendiri

"Mungkin orang tu diantara kita. Betul tak Queen Aisha?" Soal lelaki itu dengan senyuman yang menjengkelkan

"Yeah. Maybe awak orangnya Danny." Balas aku dengan tenang. Sekarang ni dia cuba untuk menuduh aku sedangkan aku langsung tidak bersalah? Apa yang dia nak dari aku sebenarnya?

King Of Psycho| TheKing'sPoisonUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum