7. M A R R I E D

6K 338 18
                                    

'King Of Psycho'

'Cause it's a beautiful night, we're looking for something dumb to do
Hey baby, I think I wanna marry you
Is it the look in your eyes or is it this dancing juice
Who cares baby, I think I wanna marry you

***

Aisha termenung bersendirian didalam biliknya itu. Kukunya yang sudah dikilatkan malah diwarnakan menjadi warna biru atau lebih tepatnya 'sky blue' dipandang sekilas

Tubuhnya sudah tersarung sepasang baju kurung modern bewarna putih suci. Tudungnya yang juga bewarna putih terletak cantik diatas kepalanya

"Aisha? Kenapa dengan awak ni?" Khadijah menarik wajah Aisha keatas untuk memandang wajahnya. Aisha menggeleng perlahan sebelum mengalihkan tangan Khadijah ketepi

"Saya terfikir. Kalaulah masa boleh diputarkan balik memang saya akan tolak dia tapi semua ni ketentuan Allah. Jadi kalau masa diputarkan macam mana sekalipun saya tetap akan berjumpa dengan dia. Betul tak Khadijah?" Aisha kembali menatap sepasang mata hitam milik Khadijah

"Ya Aisha. Awak jangan fikir banyak sangat sebab harini kan awak akan menikah dengan tuanku jadi kalau awak fikir banyak sangat nanti awak juga yang pening." Khadijah setia memandang Aisha disitu

Aisha sudah menutup mata. Menelan semua kata kata Khadijah secara terpaksa. Dia akan bernikah dengan Atthar pada hari ini. Dia akan menjadi isteri yang sah kepada seorang Atthar

Selepas kejadian haritu, mereka langsung tidak bertemu secara berhadapan. Kalau ada sesuatu yang ingin mereka katakan, mereka akan melalui perantaraan sahaja. Sama ada Khadijah ataupun Qaliff

"Thiyyah kau tak payah lah fikir pasal peristiwa tu sangat. Aku yakin dia tak sengaja." Waheeda cuba menenangkan Aisha yang semakin gelisah itu

"Macam mana aku tak fikir. Dia akan jadi suami aku yang sah dan aku-

Dia berhenti berbicara apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Mereka beremam pantas memandang kearah pintu tersebut. "Masuk." Arah Aisha perlahan

Pintu dikuak dan terpampang lah wajah Qaliff yang masih lagi dengan senyumannya itu. Terfikir jugak. Muka dia tak cramp ke asyik senyum je?

"Aisha majlis dah nak mula. Dah siap ke belum tu?" Dia tersengih gembira memandang mereka yang berada didalam bilik itu. Matanya memandang setiap wajah didalam bilik tersebut dan terhenti pada satu wajah yang sedang duduk bersila diatas katil

"Assalamualaikum Huda!" Riang sahaja kedengaran sapaanya itu. Tangannya dilambaikan kearah Huda dengan beria ria

"Waalaikumusalam prince Qaliff." Huda menjawab ringkas sebelum melambai kambali Qaliff. Mereka yang lain saling berpandangan antara satu sama lain

"Aisha dah siap belum? Jom lah semua dah tunggu tu." Qaliff kembali memandang Aisha yang sedang duduk dibirai katil dengan menunduk. Dia tak tahu kenapa dia tak rasa gembira sekarang

"Thiyyah lupakan sekejab pasal tu. Kita ada ramai tetamu kat bawah." Waheeda menepuk bahu Aisha dengan perlahan

Aisha mendongak keatas memandang Waheeda. "Aku akan jadi isteri dia ke Waheeda?" Soalnya entah kenapa

Waheeda mengangguk bersama yang lain. "Jangan risau. Kalau dia buat apa-apa kat kau. Kau bagi je tahu kat kitorang nanti tahu lah apa yang kitorang nak buat." Iffa menarik tangan Aisha dengan lembut

"Okay." Jawab dia ringkas sebelum bangun dari duduknya. Matanya memandang sekilas wajah dan gayanya dihadapan cermin yang berada didalam biliknya itu. Dia tersenyum kecil

King Of Psycho| TheKing'sPoisonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora