3. L A R I

6.7K 393 13
                                    

'King Of Psycho'

But it's no use, it's a dream to be broken
I run and run, but I'm not getting anywhere
Just burn me out, yes
Keep pushing me away
This is a fool, crazy in love, chasing in circles

***

Aisha langsung tidak menjamah makanan sejak dari semalam. Hatinya masih lagi gusar apabila dia masih lagi terperangkap didalam bilik yang berada didalam istana ini

Dia mengucap syukur apabila King Of Pyscho tu tak kurung dia dekat penjara macam dalam cerita lain. Memang betul kata kata rakannya. Dia memang psiko!

"Urgh!" Aisha menghentak meja yang berada didalam bilik tersebut dengan kuat. Matanya memandang wajah sendiri didalam cermin dihadapannya

Matanya yang sudah membengkak disebabkan tangisan semalam membuatkan dia kembali memejamkan mata.

Bunyi pintu dibuka menyentakkan lamunan seorang Aisha. Dengan pantas dia menoleh kebelakang melihat gerangan yang telah membuka pintu bilik itu

Nafas ditarik lega apabila melihat seorang perempuan lengkap berpakaian pembantu istana datang menghampirinya sebelum menunduk kebawah sedikit

"Puan baik-baik sahaja? Tadi saya terdengar bunyi sesuatu dari dalam bilik puan. Ada apa-apa yang puan nak?" Soalnya lembut. Aisha mengerling sebenar memandangnya sebelum kembali memandang kebelakang

"Puan?" Soalnya lagi. Perlahan lahan Aisha menggelengkan kepala. "Saya hanya nak keluar dari sini. Saya nak hidup bebas." Balas Aisha dengan suara serak menandakan yang dia sedang menahan tangisan daripada terlepas

"Tapi King tak bagi puan." Aisha hanya memejamkan mata perlahan lahan. Itu dia tahu

"Tak ada apa yang perlu puan takutkan. King baik orangnya dia-

"Baik awak kata?" Potong Aisha pantas. Matanya memandang tajam kearah pembantu istana tersebut

"Kalau dia tu baik. Dia tak akan kurung saya kat sini!" Tengking Aisha kuat. Emosinya sudah tidak stabil

"Allah." Perlahan lahan Aisha menapak kebelakang sebelum wajah pembantu istana tadi dipandanya sayu. "Saya minta maaf. Saya tak ada niat nak menengking awak."

Wanita itu menggeleng perlahan. "Tidak mengapa puan. Saya tak kisah." Senyuman diberikan ikhlas kepada Aisha

"Saya cuma tak faham." Aisha menunduk kebawah sebelum terduduk diatas lantai. Pembantu istana itu berlari kearah Aisha untuk membantunya tetapi dengan pantas Aisha menggeleng

"Saya tak faham kenapa Tuanku buat saya macam ni. Saya langsung tak buat apa-apa kesalahan." Air mata tumpah disekanya laju sebelum matanya meliar memandang sekeliling kawasan bilik itu

"Saya tak tahu kenapa saya dikurung macam ni kat sini. Saya cuma nak balik dan jumpa kawan-kawan saya." Pintanya lemah

"Boleh awak tolong saya?" Soalnya kepada pembantu istana tersebut. Dengan pantas dia menggeleng sebelum berundur beberapa tapak.

"Tidak puan. Maafkan saya." Dia memandang Aisha sayu

"Tolong! Saya merayu! Saya nak keluar dari sini!" Air matanya yang sudah mula keluar semula tidak diperdulikannya malah kaki pembantu istana tersebut ditarik seperti semalam

"Puan jangan macam ni. Saya tidak ada kuasa seperti Tuanku. Saya hanyalah pembantu istana." Dia menggeleng geleng lagi sebelum tangan Aisha ditepis lembut

"Puan jangan risau Tuanku takkan apa-apakan puan." Dia mula menunduk kebawah sebelum bahu Aisha ditepuk perlahan

"Saya benci dia! Kenapa dia kurung saya!" Soal Aisha sambil tangannya memukul dada sendiri

King Of Psycho| TheKing'sPoisonWhere stories live. Discover now