12. B E R S A T U

5.2K 323 22
                                    

'King Of Psycho'

Baby, take my hand
I want you to be my husband
Cause you're my Iron Man
And I love you three thousand
Baby, take a chance
Cause I want this to be something
Straight out of a Hollywood movie

***


Aku bersyukur kerana sudah 3 malam aku duduk dirumah ini tanpa sebarang gangguan. Sekarang sudah masuk hari keempat, selalunya pagi aku hanya duduk didalam rumah. Kadang-kadang aku juga mengemas rumah besar ni keseorangan

Petang pula aku akan keluar untuk membeli makanan menggunakan baju yang aku pakai sewaktu lari kesini, tambahan pula dengan purdah yang menutupi wajah kerana aku takut mereka dapat mengesan dimana aku berada sekarang

Buat masa ni aku taknak bersemuka dengan mana mana pihak istana termasuk Atthar. Aku nak menenangkan diri dan jauh daripada mereka buat seketika

"Aku dengar ratu Aisha larikan diri dari istana." Aku yang sedang memeriksa buah epal hanya memasang telinga mendengar kata kata wanita tua yang sedang berbual bersama rakan rakannya

"Lari? Aku dah agak dah, kalau tuanku kutip orang yang tak ada keturunan diraja memang macam tu. Entah-entah dia dah ambil harta dalam istana tu lepastu lari dari sini dengan lelaki lain." Terhenti kelakuan aku apabila mendengar balasan sahabatnya itu. Dia fitnah aku?

"Tu lah! Bagi aku tuanku Atthar tu baik orangnya. Dah lah kacak dan berharta, memang dikatogorikan lelaki yang baik lah!" Aku tersenyum sinis. Mereka tak pernah tahu apa yang terjadi didalam sana!

"Dari mana datangnya perempuan tu sampai tuanku sanggup kahwin dengan dia. Last-last ditinggalkan." Mereka bertiga ketawa bersama sama sebelum meninggalkan kawasan itu

Aku hanya mengeluh perlahan. Bukan aku yang minta semua ni terjadi kan? Ini semua ketentuan Allah jadi mengapa mereka perlu menyoal lagi? Bukan sekali aku mendengar kata kata tak baik dari penduduk kampung ini, setiap kali aku pergi ke pasar, ada sahaja orang nak mengata!

Selepas sahaja selesai membeli buah buahan dan sedikit makanan aku terus balik kerumah seorang diri. Langit mendung menandakan yang hari akan hujan jadi aku perlu berjalan lebih laju

Sampai sahaja kedalam rumah dalam pukul 6 petang, badan aku sedikit lencun dengan air hujan yang sudah turun rintik rintik diluar sana. Aku memeriksa pakaian yang tinggal didalam almari bilik aku sendiri

Yang tinggal hanyalah baju t-shirt tak berlengan dan juga kain batik berwarna merah jambu. Aku termenung seketika, tak apa kot kalau pakai pakaian macam ni. Bukan ada sesiapa pun kat dalam rumah ni selain daripada aku. Lagipun baju lain semuanya sedang dibasuh, basuh tu memang senang tapi keringnya susah kerana cuaca di empayar ini sering tak menentu

Selepas berfikir aku bersetuju dengan pendapat sendiri.

Selesai sahaja menyarung baju tanpa lengan yang sedikit ketat dibahagian dada dan kain batik, terus sahaja aku mencapai telekung untuk menunaikan solat maghrib. Selepas solat maghrib, aku mencapai pula Al-quran dan menunggu azan isyak berkumandang

"Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah." Salam aku pamitkan sebelum menadah tangan untuk berdoa. Selepas selesai mengaminkan doa sendiri, aku terus bangkit dari tikar sejadah. Perut sudah pun terasa lapar

"Memang tak boleh bukan kot? Dah rosak?" Aku menekan punat tv beberapa kali tetapi masih tidak berfungsi. Jadi apa yang aku buat adalah kembali masuk kedalam bilik dengan membawa beberapa buah biji epal, pisau dan juga pinggan

King Of Psycho| TheKing'sPoisonTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang