1.5

338 58 5
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xv. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Sunwoo, taknak balik ke ?" soal Yeri. Sesekali dia menoleh kearah lelaki itu. Masih segan mahu menatap wajah Sunwoo.

Sudah hampir 30 minit mereka hanya duduk di tepi gelanggang bola keranjang ini. Padahal rumahnya hanya beberapa meter daripada sini. Sunwoo langsung tidak membenarkannya berganjak daripada tempat itu.

Kepala Sunwoo yang sudah terlentok diatas bahu Yeri itu dipandang sekilas. Wajah lelaki itu kelihatan tenang sambil memejamkan matanya.

Dalam diam, bibirnya tersenyum kecil melihat wajah tenang lelaki itu.

Soalan Yeri tadi dibiarkan sepi, langsung tidak menjawab. Dia mahu menghabiskan masa lebih lama dengan Yeri atau lebih tepat teman wanitanya sekarang ?

"Eh Sunwoo ? Yeri ?" suara garau itu membuatkan Sunwoo kembali duduk tegak. Serentak mereka berdua menoleh kearah suara itu.

Jeno dan Jaemin.

Mereka berdua memandang kearah Jeno dan Jaemin dengan sebiji bola keranjang pada tangannya.

Wajah Yeri sudah sesak , sedaya upaya dia menggelak daripada bertentang mata dengan rakan sekelasnya itu.

"Hai Jeno, Jaemin !" ramah Sunwoo menegur mereka berdua. Jeno tersenyum sehingga matanya turut tersenyum. Jaemin memandang Yeri yang berada di sebelah Sunwoo.

"Yeri,  kau buat apa dekat sini ?" Jaemin bertanya. Dia menarik lengan Jeno supaya duduk bersila di hadapan mereka berdua.

'Haish balik jelah!' rungut Yeri dalam hati.Wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tidak kelihatan cemas .Tak , dia lebih kepada malu sekarang.

Soalan Jaemin tadi hanya dibiarkan tidak dijawab. Jaemin mengeluh perlahan. Dia lupa bahawa Yeri sangat susah untuk bercakap dengan orang lain.

"Kau kenapa ada dekat sini?" tanya Jaemin kepada Sunwoo pula setelah soalannya tadi tidak dijawab oleh Yeri.

"Ouh saja . Rumah Yeri dekat-dekat sini . Jadi aku saja teman dia ." jawab Sunwoo selamba.

"Rumah Yeri dekat sini ?" Jeno bertanya tidak percaya.Sunwoo pula mengangguk polos seperti dialah manusia yang bernama Yeri.

" Aku pun tinggal dekat sini Yeri!" Jeno berkata teruja.Yeri memandang Jeno sekilas dan tersenyum kecil. Terhibur dengan telatah Jeno itu.

"Weh , dia senyumlah!" Jaemin menundukkan sedikit wajahnya supaya dapat melihat wajah Yeri dengan lebih jelas.Bahu Jeno ditepuknya berkali-kali.

Sunwoo membuat muka , Kau ingat dia robot tak ada perasaan ke ?

" Kau ingat dia tak ada perasaan ke ." kata Sunwoo.Dia menggeleng perlahan manakala Jeno dan Jaemin sudah tersengih malu.

"Sunwoo saya nak balik dulu." Yeri berbisik di telinga Sunwoo.Sunwoo mengangguk dan membiarkan Yeri berdiri dan meninggalkan mereka bertiga.

Beberapa langkah dan Yeri terhenti. Dia berpaling ke belakang dan melambai kearah Sunwoo sambil tersenyum.

Sunwoo turut membalas lambaiannya sambil tersenyum.

Sunwoo turut membalas lambaiannya sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now