2.2

262 44 12
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Mana Jaemin?" tanya Sunwoo. Matanya tidak lari daripada permainan videonya. Yeri memandang Jeno.

"Dia dah pergi dengan Mina." kata Jeno tenang dan kembali bermain dengan telefon miliknya. Serentak dengan itu Sunwoo meletakkan telefonnya pada atas meja dan memandang Jeno.

Telefon milik Jeno dirampas oleh Sunwoo sekilas. Jeno memandang Sunwoo dengan muka cemberut.

Sunwoo nak cari gaduh ke ?

Belum sempat Sunwoo mahu membuka mulut, Yeri terlebih dahulu memukul lengan Sunwoo dan merampas telefon milik Jeno itu daripada pegangannya. Telefon itu dikembalikan semula kepada Jeno.

Sunwoo mengadu kesakitan tetapi mereka berdua langsung tidak memberi perhatian padanya sebaliknya Yeri dan Jeno sudah sibuk berbincang tentang tugasan kumpulan yang baru diberikan oleh Puan Jung.

"Yeri~" Sunwoo memegang lengan Yeri untuk meraih perhatiannya. Yeri memandang teman lelakinya itu dengan pandangan maut.

"Ha boraklah dengan Jeno itu sepanjang hari." lontar Sunwoo geram. Jeno yang duduk di hadapannya dijeling. Tubuhnya dipeluk dan berpaling membelakangkan Yeri.

"Kim Sunwoo." panggil Yeri lembut. Cuba memujuk lelaki itu. Jeno memandang Sunwoo dengan menyampah. Hatinya sedang merungut bermacam perkara tentang Sunwoo.

Apa kena dengan lelaki ini tiba-tiba nak merajuk.

"Sunwoo, jurulatih panggil. Katanya penting." Eric muncul daripada pintu hadapan kelas dan terus menuju kearah Sunwoo. Dahinya dipenuhi dengan manik-manik peluh. Wow penting sungguh kali ini.

Sunwoo segera berpaling kearah Eric dan bangun daripada tempat duduknya. Nampaknya Sunwoo seakan-akan tahu punca jurulatih memanggil mereka.

"Lee Jeno, kau jaga Yeri. Tunggu sampai aku datang. Kalau aku lambat sangat... Kau balik dengan dia." Sunwoo berkata cemas. Sempat dia mengusap rambut Yeri sebelum mengambil beg galasnya dan berlalu pergi ke luar kelas sepantas kilat.

Mata Yeri mengekori kelibat Sunwoo yang semakin menghilang daripada pandangannya. Kemudian dia membetulkan kedudukannya dan memandang kearah Jeno.

"Kenapa dengan Mina? Biasanya jarang tengok Jaemin tinggalkan kau lepas habis sekolah." kata Yeri. Kerusinya ditarik sedikit supaya selesa dengan kedudukannya.

Jeno memandang sekeliling kelas. Memastikan tiada sesiapa yang berada di dalam kelas. Jeno menyuruh Yeri mendekatinya seakan mahu berbisik padanya.

"DID. Mina menghidap Dissociative Identity Disorder."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now