2.5

269 44 26
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxv. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Yeri, aku jemput kau nanti"

Kata-kata Jeno masih terngiang-ngiang di fikirannya. Mereka telah berjanji untuk keluar bersama pada hari minggu ini. Termasuklah Sunwoo, Jaemin, Mina dan Eric.

Sunwoo merelakan Jeno yang menjemput Yeri setelah dibebel oleh Jaemin. Katanya jangan membuang masa. Masa itu emas! contohi Na Jaemin.

Dia hanya memakai turtleneck shirt bewarna khaki dan seluar jeans bewarna hitam

Kardigan putih itu diambil daripada almarinya dan menuruni tangga ke bawah. Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja melihat abangnya yang sedang duduk berehat di ruang tamu.

"Sejun!" panggil Yeri. Dia melabuhkan punggung disebelah Sejun yang masih fokus menonton televisyen. Sejun memandang Yeri sekilas. Meneliti pakaian yang dipakai oleh Yeri.

Sejun mengambil keputusan untuk menetap di rumah ini sementara ibu dan ayahnya tiada di rumah untuk menjaga Yeri.

Ibunya sudah menyedarkan diri daripada koma, cuba dia mempunyai cedera teruk di bahagian kepala. Jadi ibunya perlu menetap di hospital sehingga sihat sepenuhnya. Selepas pulang daripada sekolah, Sunwoo dan Yeri sering melawat ibunya di hospital.

Manakala ayahnya masih di bawah jagaan pihak hospital dan untuk mendapatkan rawatan profesional daeipada psikiatri.

"Kau nak keluar?" tanya Sejun. Yeri hanya mengangguk sambil bermain-main dengan hujung lengan kardigan putihnya yang masih belum dipakai.

"Dengan Sunwoo?"

"Ya dengan Sunwoo, tapi yang datang ambil orang lain." jawab Yeri lagi. Sejun terus memandang kearah Yeri. Dia memandang tidak percaya.

Sejak bila adiknya ini mempunyai kawan selain Sunwoo?

Tingtong!

"Aku keluar dulu." kata Yeri dan terus berlari anak keluar pintu. Tidak sempat Sejun mahu bertanyakan soalan padanya. Sejun bergerak kearah tingkap untuk melihat siapakah kawan Yeri yang disebutnya.

"Lelaki?" Sejun mengumam perlahan apabila melihat Yeri yang sedang berbual dengan lelaki tinggi berambut biru.

Lantas telefonnya diambil daripada poket dan ruangan perbualannya antara Sunwoo dibuka.

Sunwoo

aku rasa adik aku curang .

Button send ditekan dan telefonnya kembali disimpan selepas mereka berdua sudah mula mrlangkah pergi. Dia kembali duduk do hadapan televisyen seakan-akan tiada apa yang terjadi.

 Dia kembali duduk do hadapan televisyen seakan-akan tiada apa yang terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now