3.0

240 40 6
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxx. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

yeri pov .

Sejak kebelakangan ini, Sunwoo jarang berada di dalam kelas disebabkan oleh pertandingan bola keranjang sudah semakin dekat.

Aku memandang kearah papan putih kosong. Tidak tahu apa mahu dilakukan. Tangan aku sibuk bermain-main dengan pen hitam.

Bahuku terhincut apabila seseorang tiba-tiba memegang bahunya. Aku menoleh kearah tangan itu. Jeno sedang berdiri disebelahnya sambil tersenyum.

"Jomlah." ajak Jeno ringkas. Aku mengangguk faham dan bangun daripada tempat duduk lalu mengikuti langkah Jeno ke tempatnya dengan Jaemin.

Sempat aku memandang kearah Mina yang sedang duduk bersama kawan-kawannya yang lain. Jaemin dan Mina tidak selalu bersama sewaktu disekolah. Tetapi aku tahu Jaemin sentiasa memerhati keadaan Mina daripada jauh.

"Jadi kau pergi tak?" tanya Jaemin setelah aku duduk diatas kerusi milik Eric yang kosong. Aku memandang Jaemin pelik. Pergi mana? Memandang reaksi aku yang terpinga-pinga itu, Jeno mencelah.

"Pertandingan Sunwoo nanti." Aku terdiam. Sejujurnya, aku tidak tahu bila pertandingan itu akan diadakan. Sunwoo pun tidak pernah memberitahu padanya.

Memandangkan aku jarang berjumpa dengan Sunwoo sekarang dan hanya berbalas mesej dengannya. Aku tidak mahu menganggunya, dia mungkin terlalu letih dengan latihannya jadi aku hanya mahu dia berehat.

"Sunwoo tak bagitahu kau ke?" Jeno bertanya. Mereka berdua memandang kearah aku.

"Tak..." Aku menggeleng perlahan.

"Hari Sabtu pagi. Aku datang jemput kau nanti." kata Jeno. Aku terdiam dan hanya setuju dengan rancangannya itu. Jujur dia sedikit terasa dengan kelakuan Sunwoo.

--

Sunwoo 🖤

nak jumpa :(

dah malam ini sunwoo
awak kena rehat

tak kira 
nak jugak
aku dah ada dekat court
bola keranjang

Aku membuntang mata melihat mesej daripada Sunwoo. Telefonku terus dicampak keatas katil dan mencapai kardigan putih yang digantung di dalam almari dan jaket berwarna hitam. Sebelum keluar daripada bilik, aku mencapai telefon dan berlari menuruni tangga.

Sejun yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu memerhati aku pelik.

"Kau rushing ini kenapa? Nak pergi mana?" Sejun bersuara. Dia melihat aku tajam apabila dia perasan aku menyarungkan kardigan putih pada badan aku dengan cemas.

"Sunwoo nak jumpa." jawab aku ringkas dan menuju kearah Sejun lalu mendakap tubuhnya sekilas dan melangkah kearah pintu. Sejun memandang aku terpinga-pinga.

"Dah malam ini Yeri." Sejun berkata lembut. Dia mula mengikuti aku daripada belakang sehingga ke pintu masuk rumah.

"Kau marah dekat Sunwoo. Dia cakap dia dah tunggu dekat court bola keranjang." Yeri mendengus perlahan. Sunwoo memang suka buat sesuatu tanpa izin daripada Yeri terlebih dahulu.

"Hati-hati !" jerit Sejun sambil anam matanya mengekori kelibat aku yang sudah menghilang. Kaki aku berlari laju, takut Sunwoo menunggunya terlalu lama disana. Boleh mati kesejukan lelaki itu nanti.

Tidak jauh daripada court bola keranjang itu, aku menghentikan langkah sebaik saja melihat figura lelaki yang sedang duduk bermain dengan bola keranjang pada tangannya.

Tanganku diletakkan diatas kedua-dua belah lutut. Cuba mengambil nafas terlebih dahulu selepas berlari tadi.

"Sunwoo!" panggil aku daripada jauh. Lelaki itu berpaling kearahnya dan tersenyum lebar sebelum bangun dan berlari anak kearah aku.

Belum sempat aku mahu bertanya apa-apa padanya, dia terlebih dahulu mendakap tubuhku erat ke dalam pelukannya. Aku tersenyum kecil dan melingkarkan tanganku pada pinggangnya. Kepalanya direhatkan diatas bahunya.

"Rindu..." bisiknya perlahan. Aku tergelak kecil mendengar rungutannya. Tangan aku mula bergerak menyarungkan jaket hitam itu pada tubuhnya yang hanya memakai t-shirt berwarna kelabu. Lalu menarik zip itu sampai keatas.

"Giant baby." kataku perlahan dan membuatkan dia meleraikan pelukan itu dan mencebik bibir memandang kearah aku. Aku tersengih dan mengusap lembut rambutnya.

 Aku tersengih dan mengusap lembut rambutnya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
[RE] It's Okey | KSWWo Geschichten leben. Entdecke jetzt