1.3

330 59 0
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xiii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::


Sunwoo mengikuti langkah Yeri yang memasuki bas itu .

"Dua orang." Sunwoo mencelah . Yeri menoleh ke belakang dan memandang Sunwoo tidak percaya.

Bukan salahnya terlupa mahu membawa kad itu.Yeri meletakkan kad itu pada pengimbas dua kali .

tit ! tit !

Yeri melangkah ke tempat duduk belakang sekalu dan diikuti oleh Sunwoo. Tiba-tiba lelaki ini menjadi seperti anak yang mengikuti ibunya.

"Yeri." panggil Sunwoo.Yeri hanya memandang Sunwoo sekilas dan memandang ke hadapan semula.

"Boleh aku minta sesuatu ?" tanya Sunwoo ragu-ragu. Yeri mengangguk .

"Boleh tak kau jangan pendam perasaan kau dah ?" Sunwoo menoleh memandang Yeri disebelahnya.

Yeri diam. Tidak memberikan langsung respon kepada Sunwoo.

"Boleh-"

"Aku tak bersedia lagi." Yeri berkata perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Sunwoo.

Sunwoo menunduk. Bibirnya dikemam. Seketika kemudian, dia kembali tersenyum.

"Okey, aku tunggu." Yeri menoleh. Terkejut dengan kata-kata Sunwoo. Anak matanya ditenung lama.Apabila bas dihentikan, Yeri terus berlari turun daripada bas. Dia mahu mengelak daripada Sunwoo sekarang .

Dia malu!

Dia tidak mahu menaruh perasaan terhadap lelaki itu lagi.

Dan dia takut,  hubungan kawan mereka akan terputus jika dia masih menaruh harapan terhadap Sunwoo.

Jika perkara  itu berlaku, dia akan kehilangan seorang lagi kawan...

Baru sahaja kakinya mahu menyentuh tanah, tangannya ditahan oleh Sunwoo. Dia menoleh, wajah Sunwoo sangat serius sekarang.

Tanpa bersuara, Sunwoo menarik tangan Yeri sehingga di tepi gelanggang bola jaring berdekatan rumahnya. Kedua-dua bahu Yeri dipegang kemas.

Dagu Yeri disentuh lembut dan diangkat supaya anak matanya dapat memerhati segenap wajah cantik itu.

"Aku sukakan kau Lim Yeri."

"Aku dah jatuh cinta dengan kau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now