•͙✧⃝•͙┄✩ͯ ix. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::
Wajah pucat Yeri ditenungnya dengan sinaran daripada lampu tidur . Gadis itu masih tidak sedar dari pengsannya . Sunwoo mengambil keputusan untum menemani gadis ini pada malam itu manakala Sejun menjaga ibunya di wad ICU .
Sunwoo mendapat tahu daripada Sejun ayah mereka telah dimasukkan ke dalam Hospital Mental . Sesekali Sunwoo mengeluh panjang.
Perbualannya bersama Sejun diimbas kembali.
"Kau mesti tahu , Yeri langsung tiada kawan di sekolah kan ? " Sunwoo mengangguk perlahan . Dia sedar tiada sesiapa yang berani mendekati gadis itu .Kadang-kadang mereka memperlakukan Yeri seperti halimunan.
" Yeri jadi pendiam dan selalu berseorangan disebabkan appa . Appa aku sebenarnya disahkan mempunyai Bipolar Disorder dan Psychotic Depression . Jadi eomma aku selalu jadi mangsa pukul kalau penyakitnya datang menyerang . Cuma appa tak berani nak sentuh Yeri dan dia takutkan aku sebab aku pernah merawat ayah aku sendiri sebelum aku serahkan pada doktor lain." Sunwoo diam . Dia fokus mendengar cerita Sejun .
" Yeri pernah ada seorang kawan masa sekolah rendah , Seo Hyorin . Dan pada hari jadinya , Yeri ajak Hyorin datang ke rumah . Sebaik sahaja Hyorin masuk , kejadian yang kau lalui hari ini terjadi . Penyakit ayah aku datang serang dia . Yeri terkejut jadi dia terus lari panggil aku yang tengah tidur dekat atas ." Sejun terdiam seketika .
" Masa Yeri pergi panggil aku , ayah aku dah pukul-pukul Hyorin guna kayu hoki . Dia cekik Hyorin dan aku sempat halang appa aku sebelum budak itu terbunuh . Mak ayah Hyorin orang miskin , ayah aku suap diorang guna duit supaya tak buat laporan polis ."
"Disebabkan ini juga , Yeri benci hari jadinya."
" Keesokkan hari , aku bawa Yeri melawat Hyorin . Tapi sebaik sahaja Yeri masuk , Hyorin meracau dan menjerit-jerit suruh kitorang keluar . Mak ayah dia pun tak bagi Yeri jumpa Hyorin lagi . Kaki Hyorin patah sebab kena pukul . Lepas keadaan Hyorin dah okey , Yeri cuba dekatkan diri dia dengan Hyorin dekat sekolah , tapi Hyorin mula membaling-baling barang dekat Yeri dan dia cakap dia bencikan Yeri , dan Yeri mula berfikir kalau orang berkawan dengan dia , kawan dia akan dapat nasib sama dengan Hyorin."
Sejun melepaskan keluhan berat . Sunwoo terkelu . Tidak sangka Yeri melalui semua ini sendirian . Tidak mempunyai rakan untuk berbual , bergelak ketawa dan meluahkan perasaan.
"Terima kasih sanggup berkawan dengan adik aku lagi ... tolong jagakan dia untuk aku" Sejun tersenyum dan menepuk-nepuk bahu Sunwoo perlahan. Akhirnya terlepas satu beban di bahunya selama ini.
Sunwoo membalas senyuman Sejun . Buat kali pertama dia melihat lelaki ini tersenyum manis .
"Yeri aku tunggu kau bangun."
❝ lim sejun
victon as
lim sejun. ❞
YOU ARE READING
[RE] It's Okey | KSW
Short Story﹙ 2020, re-edit.﹚ ❝ she's very interesting and you're lucky to talk with her. ❞ ❏ ⨾ kim sunwoo ft lim yeri ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 300720 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 250121