1.6

342 58 0
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xvi. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

Paip ditutup kemas , baru sahaja Yeri mahu membuka pintu , tindakannya terhenti apabila mendengar dua orang pelajar perempuan yang melangkah masuk ke dalam tandas itu

"Kau ada dengar tak Sunwoo dengan budak pelik itu bercinta." Yeri duduk mendiamkan diri di dalam salah satu tandas itu.Bibirnya dikemam.Hatinya sakit.

"Kenapa Sunwoo boleh bercinta dengan perempuan itu?" Salah seorang gadis itu tergelak kecil.Setelah itu , bunyi pili air ditutup. Bunyi derapan kaki keluar daripada tandas.

Yeri menundukkan pandangannya.Dia rasa seperti mahu menangis sekarang.Ya , satu sekolah mempersoalkan hubungan mereka berdua.

Skirtnya digenggam erat menahan geram yang sedang membara di hati.

Pintu tandas itu ditolak perlahan .Tangannya dibasuh dan berjalan keluar daripada tandas itu.

"Sunwoo!" Badannya terdorong ke belakang apabila ternampak Sunwoo yang sedang bersandar di tepi tandas perempuan.Alahai Kim Sunwoo , lelaki ini gila ke!

Tangan Sunwoo ditarik dan meninggalkan kawasan itu. Yeri memerhati sekelilingnya. Kosong. Kemudian wajah Sunwoo dipandang geram.

"Awak gila ke duduk berdiri dekat tandas perempuan tu ? Nak kena cop pervert ke ha!" Yeri mencekak pinggang dan memandang Sunwoo tajam. Nasib baik hanya ada beberapa orang pelajar lelaki di kawasan itu tadi.

Sunwoo tergelak kecil. Yeri ternganga melihat reaksi Sunwoo.Orang sedang marah , boleh pula dia gelak!

"Comel kau bebel dekat aku." Sunwoo mengusap rambut gadis itu lembut sambil memandang tepat anak mata Yeri. Argh, muka Yeri membahang lagi.Perasaan marah tadi tiba-tiba bertukar malu.

Sunwoo memang buat dia tak senang duduk!

"Lepasni bebel lagi dekat aku , aku nak dengar suara kau..." Sunwoo berkata lembut.Oh tidak...tolong Yeri , dia hampir pengsan!

Yeri memukul kuat bahu Sunwoo membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.

"Jangan tukar topik !" Yeri menjelingnya tajam dan kemudian Yeri tersenyum kecil .Namun senyumannya pudar sebaik sahaja dia teringat tentang perbualan antara pelajar tadi di dalam tandas.

Sunwoo memandang Yeri pelik.

"Kenapa?" Sunwoo bertanya risau.Kedua-dua bahu Yeri dipegang supaya tubuh Yeri menghadapnya .

Yeri menggeleng dan kembali tersenyum.Dia tidak mahu Sunwoo mengetahui tentang hal ini.

"Aku dengarlah." Yeri memandang Sunwoo pelik.Dia dengar apa?

"Semua dalam tandas tadi."

"Lim Yeri , kau jangan tipu aku. Jangan sembunyikan apa-apa dari aku. Aku nak kau kongsi masalah dengan aku . Jangan pendam. Aku tak suka em." Sunwoo menundukkan tubuhnya sambil memegang kedua bahu Yeri supaya sama dengan ketinggian gadis itu.

Yeri menundukkan pandangannya.Rasa bersalah menguasai dirinya. Serta-merta air matanya mengalir daripada tubir matanya.

"Maaf Sunwoo..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now