1.8

315 49 9
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xviii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Bye Hyung !" Sunwoo melambai mesra tangannya kearah Sejun yang masih bersandar pada pintu pagar rumah sambil memerhatikan mereka.

Sejun tersenyum kecil dan menyuruh mereka beredar secepat mungkin.

Yeri hairan . Sejak kejadian kelmarin , hubungan Sunwoo dan Sejun menjadi semakin rapat padahal perangai abangnya itu ibarat ais batu.

"Kita nak pergi mana dulu ?" tanya Yeri sambil mendongak wajahnya untuk melihat wajah Sunwoo.

" Kita pergi makan dulu . Lepas makan , baru kita pergi library ." kata Sunwoo . Yeri mengangguk faham.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kedai makan itu  , Sunwoo tiba-tiba menghentikan pergerakan.

Sunwoo berpaling kearah Yeri dengan wajah yang serba salah

" Kita makan tempat lain jom..." Sunwoo tersengih sambil menggaru kepalanya .

"Kita dah sampai sini kan ." Yeri pelik . Kenapa tiba tiba  ?

"Eoh , Sunwoo ! Yeri ! " Yeri berpaling kearah suara itu manakala Sunwoo sudah menggigit bibir . Jeno dan Jaemin sedang melambai kearah mereka sambil tersenyum.

Bingo !

Yeri tersenyum nakal kearah Sunwoo dan mencuit bahunya . Tanpa sempat Sunwoo mahu melakukan apa-apa , Yeri sudah menarik tangan Sunwoo kearah mereka berdua.

Sunwoo merengus . Dia baru saja mahu keluar berduaan dengan Yeri tetapi dua orang makhluk ini pula menjadi orang ketiga dan keempat mereka.

Entah bagaimana pula , Yeri sering berbual dengan mereka berdua selepas perjumpaan di gelanggang bola keranjang itu . Tetapi sudah pastinya Yeri tidak banyak mengeluarkan suara juga.

Lebih pula , rumah Jeno berdekatan dengan rumah Yeri jadi mereka sering pergi ke sekolah bersama-sama.

"Kau kenapa ?" tanya Jeno . Sengaja mahu mengusik lelaki itu . Dia tahu Sunwoo sedang tidak puas hati sekarang.

"Kita makan dengan diorang  ya Sunwoo." kata Yeri sambil memandang Sunwoo.

Sunwoo memandang Jaemin dan Jeno bersilih ganti. Dia menghela nafas dan mengangguk . Terpaksa juga...

"Jaemin belanja!" kata Sunwoo riang .

" Eh- asal aku !"

"Setuju !" Jeno dan Yeri berkata serentak . Akhirnya Jaemin pasrah.

"Sunwoo " Jaemin memanggil Sunwoo. Sunwoo melirikkan matanya pada Jaemin kemudian sambung menyuapkan dua ketul tteokbokki ke dalam mulutnya.

Jaemin memandang kearah tandas wanita , memastikan Yeri tidak berada di sekeliling mereka sekarang.

"Kau tak nak cuba hentikan Mina tu ke ? Dia itu dah makin melampau ." Jeno memandang Sunwoo serius. Sunwoo mendiamkan diri .

Bukannya dia tidak tahu , Choi Mina gadis yang sentiasa berlakon baik di depan orang ramai tetapi sering mengeluarkan kata-kata kasar pada Yeri sejak dulu lagi .

Tetapi Yeri hanya tidak mengambil peduli terhadapnya

' Yeri tak layak untuk Sunwoo '

' Tak tahu malu '

'Dia gunakan Sunwoo'

Semua kata-kata itu dikeluarkan daripada mulutnya sendiri padahal di depan Yeri dia sungguh baik.

"Kalau bukan disebabkan Yeri tahan aku , dah lama aku serang dia ." Sunwoo mengeluh kasar.

" Tapi sekarang keadaan makin teruk . Makin ramai yang pandang teruk pada Yeri ."

" Kau tahu kan Yeri tak ada kenalan lain lagi selain kita . Yeri pun akan senyap je dalam kes ini." Mereka bertiga diam.

dah lebih dua bulan aku tak update 🤣 jadi bahasa baku dah datang balik shshsjsjs

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


dah lebih dua bulan aku tak update 🤣 jadi bahasa baku dah datang balik shshsjsjs

[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now