0.1

633 87 8
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ i. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Kim Sunwoo, aku sukakan kau." Gadis itu dipandang tidak percaya. Wah ! Tidak sangka masih ada gadis yang berani sepertinya lagi di dalam dunia ini.

Bukannya dia tidak biasa. Perkara ini menjadi sangat biasa baginya. Cuma pelajar lain hanya akan memberinya coklat atau hadiah. Gadis ini ialah gadis yang pertama meluahkan perasaan secara berdepan dengannya.

Menjadi pelajar popular bukannya mudah. Ia lebih kepada serabut ? Semua perkara yang dilakukannya akan diperhatikan kerana semua orang mengenalinya. Pemain bola keranjang kebanggaan sekolah, dia tidak boleh melawan tandir itu.

"Tapi aku tak sukakan kau." Sunwoo membalas kosong dengan reaksi yang mendatar. Dia masih dapat menyorokkan reaksi yang terkejut sewaktu mendengar luahan itu.

"Okey." Gadis itu terus berlalu pergi meninggalkannya di belakang. Sunwoo terpana. Macam itu sahaja ? Gadis ini pelik sungguh. Dia baru sahaja menolak lamaran gadis itu, dan gadis itu kelihatan langsung tidak kisah !

"Lim Yeri confess dekat kau. Wow!" Kawan baiknya, Eric Sohn datang dan memeluk bahunya daripada tepi. Sunwoo memandang Eric pelik. Bagaimana dia mengenali gadis itu sedangkan dia pun tidak tahu akan nama gadis itu.

"Dia menarik kau tahu, bukan semua orang dapat bercakap dengan dia." Eric tersenyum nakal. Sunwoo terpinga-pinga. Apa maksud Eric ? Sunwoo diam. Sudah jauh dirinya merenung sambil memikirkan hal ini

"Jom sambung berlatih ." Eric menepuk-nepuk bahu lelaki itu sebelum kembali ke padang bagi menyedarkan lelaki itu semula daripada lamunan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now