0.6

399 76 0
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ vi. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Ka- kau nak kumpulan dengan aku?" Yeri memandang Sunwoo terkejut. Tiba-tiba sahaja dia menjadi gagap menjawab permintaan lelaki itu. Sunwoo pula sudah tersenyum lebar apabila mendengar suara Yeri. Jarang mahu melihat gadis ini terkejut.

"Yelah, kau ada partner dah ke?" soal Sunwoo semula. Tetapi dia yakin gadis ini masih tiada rakan sekumpulan. Mungkin...?

"Tak, tak ada pun tapi... Eric ?" Sunwoo melepaskan nafas lega setelah mendengar kata-kata Yeri. Sunwoo tertawa kecil dan menggeleng perlahan.

"Pandai-pandailah dia hidup." kata Sunwoo tenang sambil mengangkat bahu, seakan tidak bersalah.

"Aku dengar!" Mereka berdua menoleh kearah Eric yang duduk tidak jauh daripada mereka. Eric menjeling kearah Sunwoo tajam. Lelaki itu sudah merajuk dengan Sunwoo kerana meninggalkannya. Eric nampaknya berkumpulan dengan Yoo Minji, penolong kelas mereka.

"Sunwoo, kita bincang tentang tugasan ini esok boleh tak ? Hari ini saya ada hal." kata Yeri serba salah setelah dia melihat sesuatu pada telefonnya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Sunwoo hanya mengangguk setuju.

"Saya balik dulu." Sunwoo melambai kepada Yeri. Matanya tidak lepas daripada memerhati susuk tubuh gadis itu daripada belakang, memerhati gadis itu daripada jauh. Selepas kelibat gadis itu hilang daripada pandangannya, dia mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk Yeri.

Dia perlu menunggu Eric menghabiskan perbincangannya dengan Minji. Setelah itu baru dia boleh pulang kerana dia telah berjanji untuk pulag bersama lelaki itu. Kira-kira hanya ada lima orang pelajar yang berada di dalam kelas sekarang

"Eh?" Pandangannya terhenti pada bawah meja Yeri, yang terletak di hadapannya. Bulu sketch ? Mungkin Yeri terlupa mahu membawa pulang atau meletakkan buku itu di dalam loker.

Sunwoo mencapai buku itu daripada bawah meja. Yeri sememangnya sudah memberi kebenaran kepadanya untuk melihat buku. Muka hadapan buku yang berwarna hitam itu dihiasa dengan lukisan seorang gadis yang sedang berjalan dan dibawah buku itu terdapat nama pemilik buku itu.

Muka surat pertama dibuka. Senyumannya terukir lebar sebaik sahaja melihat lukisan itu. Dia dapat mengagak apa maksud dan tujuan gambar ini dilukis.

Lukisan semasa dirinya sendiri sedang duduk berehat di padang sekolah bersama kawan-kawannya. Tetapi jelas sekali dirinya ialah karakter utama di dalam lukisan itu.

Dia juga langsung tidak perasan sejak bila Yeri melukis gambar ini. Mengapa selama ini dia tidak sedari Yeri sentiasa memerhatikannya semasa latihan bola keranjang ? Kerana terdapat beberapa muka surat yang dipenuhi dengan dirinya sahaja.

Ouh. Dia baru teringat dengan kata-kata Yeri. Dia melarang Sunwoo untuk membuka 10 muka surat pertama. Disebabkan lukisan ini rupanya...

Namun senyumannya meleset apabila dia membuka muka surat seterusnya.

Gambaran seorang gadis yang sedang berjalan dengan wajah yang muram bersama dengan bayangan hitam yang besar di belakangnya.

Apa maksud lukisan ini Lim Yeri ?

Apa maksud lukisan ini Lim Yeri ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now