0.3

452 84 1
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ iii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

Selepas beberapa hari, Sunwoo pasti akan duduk di dalam kelas dan berehat bersama Yeri. Makin lama, dia makin selesa dengan gadis itu walaupun dia tidak banyak mengeluarkan suaranya dan tidak menunjukkan reaksi.

"Sunwoo, kau rehat dengan Yeri lagi ke hari ini ?" tanya Eric .Dia juga pelik dengan kawan baiknya ini. Hari itu dengan selamba dia menolak luahan gadis itu. Tetapi hari ini, semakin rapat pula mereka.

Pada mulanya, dia hanya menawarkan bekal makanannya kerana Yeri memang langsung tiada tanda tanda akan keluar daripada kelas. Kemudian dia cuba berbual dengan gadis itu tetapi hanya sepatah-sepatah yang dibalasnya. Kemudian hari, dia hanya duduk di hadapan gadis itu tanpa bersuara sambil memerhatikan tangannya melukis.

Sunwoo mengangguk dengan pertanyaan Eric. Tangannya masih tidak berhenti menulis sesuatu diatas kad.

--

Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat, pelajar yang lain berpusu keluar meninggalkan kawasan kelas. Seperti biasa, hanya tinggal Sunwoo dan Yeri di dalam kelas, seperti biasa. Jarang pelajar lain menghabiskan masa rehat di dalam kelas.

Sunwoo menarik kerusinya mendekati meja Yeri lalu bekalan makanannya dibuka. Hal ini juga sudah menjadi rutin biasa mereka berdua untuk berkongsi bekal makanan yang dibawa oleh Sunwoo. Dia tidak boleh melihat orang kelaparan.

Sunwoo memerhati segenap wajah gadis itu. Ya, gadis itu sangat cantik pada pandangan matanya sekarang. Tangannya masih sibuk melakar diatas buku sketchnya.

"Buka mulut." arah Sunwoo . Yeri membuka mulutnya seperti arahan Sunwoo tadi. Sunwoo mengambil sesudu nasi goreng itu dan menyuapkan ke dalam mulut Yeri . Gadis itu mengunyah dengan senyap dengan matanya masih fokus terhadap lukisan itu.

Dalam diam, Yeri mencuri pandang kearah Sunwoo yang fokus memandang kearah lukisannya. Gementar ? Dia pasti berbohong jika dia mengatakan dia tidak merasakan apa-apa apabila Sunwoo melayaninya seperti ini. Dia hanya cuba berlagak tenang.

Sunwoo pula hanya memerhati lukisan yang sedang dilukis oleh Yeri. Gadis ini dikatakan setiap kali pada waktu rehat, pasti dia akan meluangkan masa dengan buku sketchnya. Jarang dia melakukan perkara lain selain melukis atau menyiapkan kerja rumahnya.

Sunwoo sesekali memandang wajah Yeri sekilas. Mulutnya daripada tadi cuba mengeluarkan kata-kata, tetapi tidak terluah. Jantungnya berdegup kencang mahu mengatakan hal itu. Nafas panjang ditarik perlahan.

"Yeri, selamat hari jadi !" Sunwoo mengeluarkan kad yang ditulisnya pagi tadi dari poket seluarnya dan menghulurkan kad itu pada gadis itu dengan suara yang girang. Senyumannya semakin melebar.

Tetapi, tiada jawapan. Sunyi. Sunwoo yang pada awalnya menunduk kebawah sambil tersenyum mengangkat wajahnya apabila tiada respon daripada gadis itu. Terkejut Sunwoo apabila melihat bola mata Yeri yang sudah bergetar melihat kearahnya.

Mata pensel yang dipegang Yeri ditekan sehingga patah. Anak matanya tiba-tiba menggeletar. Sunwoo sudah terkejut dengan perubahan mendadak yang berlaku pada gadis itu. Senyumannya tadi kembali luntur.

"Ke- kenapa Yeri?" tanya Sunwoo cemas. Dia bangun daripada duduknya. Bahu gadis itu cuba dipegangnya tetapi ditepis kasar oleh Yeri. Sunwoo tersentak. Dia memandang tepat ke arah anak mata Yeri. Gadis itu langsung tidak memandang kearahnya, sebaliknya dia hanya memandang kearah lantai. Yeri bangun daripada kerusinga dan berlari keluar daripada kelas tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

 Yeri bangun daripada kerusinga dan berlari keluar daripada kelas tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now