2.4

238 47 10
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxiv. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Yeri." Yeri mengangkat wajah  memandang figura yang sedang berdiri di hadapannya. Mina menundukkan pandangannya memandang lantai.

"Aku nak bercakap dengan kau sekejap." kata Mina. Matanya sesekali memandang Yeri. Dia sedaya upaya untuk melarikan pandangannya daripada Yeri.

Yeri yang ternampak Sunwoo yang sudah hampir bangun daripada tempat duduknya terus menggeleng perlahan. Yeri menggerakkan bibirnya untuk mengatakan dia tidak akan apa-apa.

Yeri mengangguk perlahan dan berjalan keluar bersama Mina daripada kelas. Matanya sempat menangkap sesuatu sebelum keluar daripada kelas.

Jaemin memandang kearah Mina dengan senyuman dibibirnya. Senyuman untuk menenangkan gadis itu.

Setelah sampai di gelanggang bola keranjang, mereka berdua duduk berhadapan antara satu sama lain.

"Yeri- aku minta maaf." Yeri melepaskan keluhan berat. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Matanya dipejam erat. Yeri mulai rasa kasihan dengan gadis ini. Rasanya pada bila-bila masa sahaja, Mina akan menumpahkan air matanya. Jelas sekali matanya merah tadi menahan tangisan.

"Aku memang bersalah dengan kau, maafkan aku Yeri. Aku tak bermaksud-" kata-katnya terhenti apabilandia dapat.merasakan genggaman tangannya itu digenggam erat oleh sepasang tangan.

Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Yeri sedang memegang eratngenggaman tangannya dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya.

"Tak apa Mina. Aku faham." Yeri berkata tenang. Mina memandang Yeri sebak. Air mata mula memenuhi tubir matanya.

"Jeno bagitahu aku." sambung Yeri lagi. Mina memandang Yeri dengan tetkejut. Setelah itu, Mina melarikan pandangannya semula. Mina mengigit bibir. Dia mulai resah.

"Jangan risau, aku tak akan bagitahu sesiapa." Yeri berkata selepas melihat reaksi daripada Mina. Bahu Mina dipeluk daripada tepuk dan ditepuk perlahan bagi menenangkannnya.

Dush!

Mereka berdua memandang kearah pintu masuk hadapan gelanggang bola keranjang itu. Jeno sedang jatuh terduduk dan memegang tangannya sambil mengaduh kesakitan.

Kemudian dia mengangkat wajah memandang kearah dua orang gadis itu lalu dia tersenyum lebar. Dia dengan segera bangun daripada duduknya itu dan mematikan senyumannya sebaik sahaja melihat reaksi kosong daripada Mina dan Yeri.

"Na Jaemin, Kim Sunwoo korang berdua boleh keluar." Mina meninggikan sedikit suara supaya dapat didengari oleh dua orang lelaki yang masih menyorok di belakang pintu masuk itu.

Yeri mengeluh kecil dan menggeleng perlahan apabilamereka berdua masuk ke dalam dewan itu tanpa muka bersalah.

"Sunwoo yang ajak!" serentak Jaemin dan Jeno menjerit sambil menunding jari kearah Sunwoo. Sunwoo pula sudah terkebil-kebil memandang Jeno dan Jaemin bersilih ganti apabila dia dituduh begitu.

Jikalau mereka tidak mengatakan perkara itupun, Yeri sudah dapat mengagak Sunwoo ialah orangnya. Sifat ingin tahu dia itu terlalu tinggi!

Yeri bangun daripada tempat duduk penonton itu diikuti dengan Mina. Mereka berdua melintasi mereka bertiga yang masih statik berdiri  disitu dan berlalu keluar daripada dewan gelanggang itu.

--

Apabila tiba waktu rehat, Mina dan Yeri terlebih dahulu keluar daripada kelas tanpa sempat dikejar oleh Sunwoo, Jaemin dan Jeno. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.

"Kita baru ditinggalkan ke?" kata Sunwoo. Masih cuba memproses apa yang baru terjadi.

"Aku pun rasa macam itu." Jaemin menyokong. Jeno menggeleng perlahan melihat dua orang kawannya itu.

"Haih, biarkah jelah diorang." Jeno menyampuk. Dia terasa mahu menampar kedua-dua kawannya itu sekarang.

"Eric, jom kita pergi dulu. Biarkan dua orang ini termenung puas-puas." Jeno memanggil Eric daripada pintu hadapan dan meninggalkan kelas bersama Eric. Manakala Jaemin dan Sunwoo masih berfikir tentang hal yang sama.

 Manakala Jaemin dan Sunwoo masih berfikir tentang hal yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now