2.7

244 45 7
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxvii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Lim Sejun!" Yeri menjerit. Jarang sekali dia mendengar Yeri mengeluarkan suara sekuat itu. Biasanya dia hanya mendiamkan diri.

"Yah, kau berjangkit dengan Sunwoo ke? Makin banyak kau bercakap." Sejun muncul bersama sebekas popcorn. Kakinya melangkah kearah Yeri dengan selamba dan mengusap rambut Yeri kasar.

"Hyung! Saya ada dekat sini, jangan kutuk." Sunwoo mencelah daripada belakang sambil menutup pintu rumah. Sejun tersengih kecil dan meninggalkan mereka berdua. Sejun melabuhkan punggung diatas sofa dan bermain dengan telefonnya.

"Kutuk depan-depan lah baru bagus." sambung Sejun dan diselitkan dengan tawa dihujung ayatnya. Sunwoo menghenyakkan punggung disebelah Sejun. Melihat apa yang dilakukan oleh Sejun.

Yeri mengeluh melihat kearah dua orang lelaki itu. Kakinya melangkah ke dapur. Getah diambil di dalam poket dan rambutnya diikat kemas sebelum mengikat plastik sampah itu untuk dibuang. Kalau mengharapkan abangnya untuk membuang sampah itu, sampai minggu depan pun tidak pasti sampah itu dibuang atau tidak.

Setelah dia membuang sampah itu, kakinya melangkah kearah tangga. Sebelum kakinya menjejak pada anak tangga pertama, dia menoleh kearah Sejun dan Sunwoo yang duduk bersama. Speertinya mereka sedang melihat drama pada telefon Sejun.

"Sejun jangan lupa kunci pintu dapur." Yeri memberi peringatan kepada abangnya. Abangnya sering terlupa hendak mengunci pintu belakang rumah.

"Sunwoo, saya nak rehat dulu." sambung Yeri lagi. Sebaik sahaja Yeri mengatakannya, Sunwoo bangun daripada tempat duduknya dan berlari anak kearah Yeri sebelum mengucup pipi gadis itu. Yeri tersengih memandang Sunwoo dan menepuk perlahan bahunya . Kakinya melangkah menaiki anak tangga meninggalkan mereka berdua di bawah.

Sekarang dia hanya mahu berehat. Dia bukan selalu keluar rumah pada hari minggu. Jadi dia seakan sudah menggunakan seluruh tenaganya semasa mereka berjumpa tadi.

Pintu bilik ditutup dan Yeri melempar badannya diatas katil. Perlahan-lahan pandangannya mulai gelap dan dia terlelap.

--

"Lim Yeri, aku masuk ini!" Sejun mengetuk pintu bilik Yeri kuat. Sejun menunggu tetapi masih tiada balasan daripadanya. Akhirnya Sejun hanya terus membuka pintu bilik itu.

Sejun tersenyum kecil apabila melihat adiknya yang masih sedang lena dibuai mimpi. Dengan pakaian tadi yang masih belum ditukar. Sejun duduk di birai katil dan berpaling memandang Yeri.

"Yeri..." Bahu Yeri digoncang perlahan bagi mengejutkannya. Yeri merungut perlahan apabila tidurnya dikacau. Dia membuka kelopak matanya dan memandang kearah abangnya.

"Aku nak keluar ini. Ada hal kecemasan dekat hospital. Makanan aku dah masak, jangan lupa makan." kata Sejun lembut. Rambut panjang adiknya diusap lembut. Selepas mendapat anggukan daripada Yeri, Sejun melangkah keluar daripada biliknya dan meninggalkan kawasan rumah.

Yeri membetulkan postur badannya selepas menggeliat. Dia.mengambil telefon yang berada disebelahnya.

19.37

Ah lamanya dia tertidur...

Yeri keluar daripada biliknya dan turun menuruni tangga. Senyap seperti biasa. Rumah yang besar ini dan sekarang dia hanya duduk seorang diri. Dia berasa seram sejuk juga. Tidak pernah dia duduk berseorangan di rumah.

Sebelum ini, pasti ada ibunya yang menemaninya. Semasa ibunya berada di hospital juga, Sejun tidak pernah meninggalkannya berseorangan di rumah. Dia meninggalkan rumah pada tengah malam dan kembali pada waktu tengah hari.

Tetapi hari ini dia berasa sedikit lain. Seperti sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Emm~" Yeri melangkah kearah pintu hadapan rumah. Matanya terhenti pada kunci pintu. Dia agak terkejut kerana pintu rumahnya dibiarkan tidak berkunci. Biasanya Sejun akan menguncinya sebelum keluar daripada rumah.

Seusai Yeri siap makan makanan yang dimasak oleh Sejun, Yeri mengambil keputusan untuk duduk di dalam biliknya sahaja. Dia berasa takut untuk duduk berseorangan di ruang tamu.

Masuk sahaja di dalam biliknya, dia menutup pintu dan menguncinya daripada dalam.

Setelah Yeri siap mandi dan menukar pakaiannya kepada pakaian tidur, dia menutup lampu bilik dan berbaring secara meniarap diatas katil.

Fikirannya tiba-tiba teringat tentang Sunwoo. Dia lupa mahu membaca mesej daripada Sunwoo. Tapi lebih baik kalau dia menelefon Sunwoo terus kan?

Yeri membetulkan posisinya diatas katil supaya dia lebih selesa. Yeri menekan nama Sunwoo untuk menelefonnya. Semasa panggilan itu berdering menunggu panggilan itu diangkat oleh Sunwoo, Yeri terdengar sesuatu yang asing daripada luar biliknya.

"Yeri-"

"Yeri-"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now