2.6

257 45 16
                                    

•͙┄✩ͯ xxvii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

Sunwoo mencebik bibir. Dahinya dikerutkan. Matanya masih setia memandang Yeri yang sedang memeluk tubuh di hadapannya.

Jeno menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebaik sahaja mereka berdua sampai di tempat perjumpaan mereka, Sunwoo terus bertingkah seperti itu.

"Kim Sunwoo, hari ini kitorang taknak hadap perangai kau tahu. Kitorang nak hilangkan stres." Eric mengurut dahinya. Sakit pula hatinya apabila Sunwoo membuat perangainya sekarang.

Jaemin dan Mina berbual antara satu sama lain. Mereka tidak mahu masuk campur hal mereka berdua sekarang.

Yeri mula berasa serba salah terhadap Jeno, Eric, Jaemin dan Mina. Sudahlah mereka sedang berdiri di bawah tengah matahari. Sunwoo pula membuat keras kepala tak mahu bergerak daripada situ.

Yeri mengeluh perlahan. Kedua-dua belah tangannya dijatuhkan daripada memeluk tubuh tadi.

"Korang pergilah order dulu. Aku nak bercakap dengan Sunwoo dulu." ujar Yeri. Mereka berempat mengangguk dan memasuki kedai makan yang berdekatan dengan mereka.

Yeri tersenyum kecil dahulu pada Sunwoo sebelum menarik tangannya lembut. Menarik tangannya ke tempat yang lebih redup. Mujurlah Sunwoi tidak mengeraskan badannya dan mengikuti langkah Yeri. Mereka berdua duduk di atas bangku di bawah pokok besar.

"Sunwoo, ada apa-apa jadi ke?" tanya Yeri lembut sambil memandang ke dalam anak mata coklat teman lelakinya.

"Yeri, aku selalu tak ada dengan kau. Bila aku pergi latihan, aku selalu tak ada dalam kelas dengan kau. Aku terlalu mengada dengan kau." Yeri memandang Sunwoo pelik. Keningnya bertaut. Kenapa dengan Sunwoo ini ? Tiba-tiba pula dia buat pengakuan yang macam ini.

"Sunwoo, awak okey tak ini? Kenapa tiba-tiba?" Yeri memegang bahu Sunwoo dan menundukkan pandangannya untuk memandang Sunwoo.

"Boleh aku tahu siapa lelaki itu? Kau boleh jujur dengan aku kali ini." Anak matanya membulat. Terselit getaran pada suaranya.

Haih Sunwoo, lelaki apa pula ini? Dia cakap pasal apa ini. Pening kepala dibuatnya. Apa Sunwoo merepek sekarang ini!

"Sunwoo cakap dengan lebih jelas boleh tak?" Yeri mula menggesa Sunwoo. Masalah sekarang, Sunwoo langsung tidak mengatakan apa-apa dan membuatkannya lebih keliru.

ting!

Sejun

aku tahu kau curang
dengan Sunwoo.
Aku tak terima lelaki itu.
Aku dah bagitahu Sunwoo

Telefonnya ditutup kasar membuatkan Sunwoo terus memandang Yeri terkejut. Bibirnya digigit geram. Haih abangnya ini merepek apa!

Buat rumor tak berasas pula itu!

"Bagi telefon awak." arah Yeri kosong. Sudah hilang nada lembutnya tadi. Sunwoo terus memberi telefonnya kepada Yeri seperti yang diarahkan.

Yeri mengambil telefon milik Sunwoo daripada pegangannya. Aplikasi KakaoTalk dibuka. Ruang perbualan antara abangnya dengan Sunwoo dibuka. Matanya meneliti setiap mesej di dalam itu.

"Kim Sunwoo!" Yeri meninggikan suara. Geram pula dia dengan Sunwoo ini. Drama king betul !

Sunwoo memandang Yeri dengan mata yang sudah membuntang. Terkejut apabila Yeri menjerit padanya.

"Awak percaya? Jeno yang ambil saya kat rumah tadi jadi mesti si Sejun ini pun salah faham!" Yeri merungut geram. Haih, sepatutnya hari ini mereka meluangkan masa tanpa ada perasaan stres dan marah.

Selepas memproses ayat Yeri tadi, Sunwoo terus mengukir senyuman. Tangan Yeri dipeluk dan dia memandang kearah Yeri yang masih merungut. Tangan gadis itu laju saja menghantar mesej kepada Sejun.

"Dah dah jom." Sunwoo menarik Yeri bangun daripada kerusi itu. Telefon Yeri ditarik daripada pegangannya membuatkan Yeri mencebik. Tangannya menarik tangan Yeri memasuki kedai makan itu.

Mereka berdua melabuhkan punggung diatas kerusi. Rabokki di hadapannya dipandang lama. Serentak dengan itu perutnya berbunyi, dah lapar!

"Yeri pula ke yang merajuk?" Jaemin bersuara dan tersengih melihat Sunwoo dan Yeri bersilih ganti. Sunwoo memandang kearah Yeri. Yeri masih lagi tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Ini membuatkan dia mula teringat tentang raut wajah Yeri sewaktu pertama kali mereka berjumpa. Kosong dan tiada perasaan.

Mina dan Jeno tergelak melihat pasangan itu. Manakala Eric sudah mengeluh.

"Sunwoo ini memang kuat drama. Aku pasti Sunwoo buat hal dekat tengah panas tadi sebab hal remeh-temeh. Yeri aku faham perasaan kau." Eric mengangguk beberapa kali sambil mengambil satu suapan ramen.

Yeri terus mengangkat wajahnya memandang kearah Eric yang berada di hadapannya. Tangannya dihalakan kepada Eric untul membuat high-five. Eric menepuk tangan Yeri.

"Yah!" Sunwoo menjegilkan matanyanpada Eric. Ah, mereka bersepakat pula.

"Wah memang betul. Sebab apa Yeri?" Mina tergelak kecil.

"Abang aku kata aku curang bila dia nampak Jeno ambil aku depan rumah tadi." jawab Yeri dengan rasa tidak puas hati. Tawa mereka meletus sebaik sahaja mendengar kata-kata Yeri.

Tawa Jeno terhenti apabila dia sudah dapat memproses sepenuhnya. Jarinya menunjuk kearahnnya. Tidak percaya dia juga terlibat dalam hal itu.

"Haih Sunwoo." Eric menggeleng perlahan. Sunwoo pula yang memandang mereka semua tidak puas hati. Tidak ada sesiapa yang mahu mempertahankannya!

 Tidak ada sesiapa yang mahu mempertahankannya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now