2.8

216 42 7
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxviii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Yeri-"

"Shhh Sunwoo." Yeri berbisik perlahan. Telefonnya dijauhkan daripada telinganya seketika. Dia memerhati tajam pintu biliknya.

tap tap tap

Bunyi tapak kaki itu melepasi biliknya. Jantungnya berdegup kencang. Dia mulai menyesal kerana tidak mengikuti Sejun ke hospital. Dia tidak kisah tentang hari esok, janji dia tidak ditinggalkan berseorangan di rumah. Perasaan menyesal menyelubungi dirinya.

Tangannya mula menggeletar. Fikirannya kosong. Tidak tahu apa yang patu dibuat.

"Yeri, kau okey tak itu?" suara Sunwoo daripada corong telefon menyedarkannya kembali. Tangannya menggeletar mendekatkan telefon pada telinganya.

"Sunwoo..." suaranya berbisik perlahan. Diikuti dengan nafas yang mulai tidak teratur. Rasa takut dan gementar mula menguasai dirinya.

"Yeri- sayang awak okey tak? ada apa-apa terjadi ke?" Sunwoo mula bersuara cemas. Jelas kedengaran bunyi pintu ditutup pada corong telefon. Menunjukkan Sunwoo sudah bersiap sedia untuk keluar apabila mendengar suara cemas Yeri itu.

"Tolong saya Sunwoo- saya takut." perlahan suaranya berkata

"Sayang tenang... tunggu saya datang."

tap tap tap

Sekali lagi bunyi tapak kaki itu kedengaran, tetapi sekarang ia seperti mendekati biliknya.

"Sunwoo dia datang-" air mata yang sudah berlinangan pada tubir matanya mulai jatuh. Dia sudah tidak dapat mengawal perasaan takut itu apabila bunyi itu semakin mendekati biliknya

"Siapa yang datang- Yeri tunggu saya datang. Duduk dekat tempat yang selamat. Jangan letak panggilan saya." kata Sunwoo cemas. Tangannya ligat menghantar mesej kepada Jeno memandangkan rumah lelaki itu lebih dekat dengan rumah Yeri.

Dengan langkah yang laju, Yeri bangun daripada katilnya apabila mendengar kata-kata Sunwoo dan masuk ke dalam tandas yang ada di dalam biliknya. Pintu tandas itu ditutup kemas dan dikunci. Nafasnya yang tidak teratur itu jelas kedengaran.

ktak!

Bunyi pintu biliknya yang cuba dibuka daripada luar kedengaran. Yeri bersyukur dia terfikir untuk mengunci pintu biliknya terlebih dahulu tadi.

ktak ktak  ktak!

Bunyi tombol pintu itu semakin kuat kedengaran apabila seseorang cuba memulasnya berkali-kali daripada luar .

"Jeno dalam perjalanan, awak tak akan apa-apa Yeri... jangan risau." Sunwoo cuba menenangkannya.

"tsk tsk... saya takut Sunwoo."Tetapi ia tidak membantunya. Makin banyak air mata yang jatuh. Tangisan kecilnya juga mula kedengaran.

Dush! Dush!

Memorinya mula bermain di fikirannya. Memori yang cuba dilupakan olehnya kembali semula.

Gadis kecil itu memandang melalui celahan pintu. Memandang kearah ibu bapanya yang berada di ruang tamu.

Badannya tersentak apabila ayahnya menaikkan tangan dan menampar pipi ibunya kuat. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Tanpa sedar, Yeri mula mengeluarkan tangisan. Disebabkan oleh itu, ibu bapanya menoleh kearah anak kecil yang sedang menangis itu.

Ibu Yeri terus berlari kearah anak perempuannya dan mengunci pintu daripada dalam. Tubuh kecil itu dipeluk erat dan mengusap rambut panjang itu bagi menenangkannya.

"Eomma okey sayang..." Yeri masih tersedu sedan menangis. Dia seakan tidak boleh berhenti.

Dush! Dush!

Bunyi daripada pintu itu membuatkan mereka berdua menoleh. Badan Yeri tersentak akibat hentakan pada pintu itu.

"Kau keluar sekarang! Bawa anak aku keluar! Kau tak layak!" Suara amarah ayahnya itu memenuhi ruang rumah agam itu. Disebabkan jeritan itu, makin kuat suara tangisan Yeri kedengaran.

Ibunya membawanya keatas katil dan membaringkannya. Tangan ibunya melingkari leher gadis itu untuk memeluknya erat. Suara ibunya bernyanyi mula kedengaran berbisik pada telinganya.

"Jangan risau sayang, eomma okey"

Dush! Dush! ktak!

Bunyi kuat itu membuatkan Yeri tersentak dan mula tersedar semula daripada khayalannya tadi. Telefonnya digenggam kuat. Badannya tidak berhenti daripada menggeletar.

"Sunwoo dia dah buka..." Yeri bersuara perlahan. Dia terkaku. Dia yakin seseorang baru saja cuba menendang pintu biliknya dan ia terbuka. Matanya terbuntang luas pada pintu bilik mandinya.

ktak!

Sekarang seseorang sedang cuba membuka pintu itu pula sebelum semuanya bertukar gelap.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now