3.1

233 38 0
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxxi. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::


"Nak balik dah ke?" Sunwoo menunduk memandang kearah Yeri yang lebih pendek daripadanya. Tangan Yeri yang dipegang erat dimasukkan ke dalam poket jaket itu supaya tidak kesejukan.

Yeri mengangguk. Sejun pasti risau jika dia tidak pulang sekarang. Sunwoo mengangguk kecil.

Mereka berdua mula melangkah pergi daripada gelanggang bola keranjang itu. Tiupan angin malam itu menyapa kulit mereka. Membiarkan mereka menikmati waktu itu tanpa ada sebarang perbualan.

"Jadi Sunwoo..." Yeri memecahkan kesunyian antara mereka. Sunwoo memandangnya.

"Tarikh pertandingan awak itu... kenapa tak bagitahu saya?" soal Yeri. Ikutkan dia tidak mahu bertanya tentang hal itu. Tetapi hatinya tetap menyuruhnya bertanya pada Sunwoo. Sunwoo terdiam seketika dan dia kembali memandang ke hadapan.

"Peperiksaan untuk Korea University kau. Hari exam itu sama tarikh dengan pertandingan aku Yeri..." jawab Sunwoo sayu. Sunwoo memberhentikan langkahnya dan berdiri menghadap Yeri. Bahu gadis itu dipegang.

"Aku tak nak kau jadi terganggu masa jawab exam nanti." Sunwoo memandang tepat kedalam anak matanya. Yeri terdiam. Dia baru teringat tentang peperiksaan yang akan diambilnya untuk ke universiti itu dalam jurusan seni.

"Tapi Sunwoo-"

"Yeri, kau kena fokus untuk exam itu. Aku taknak disebabkan aku kau gagal exam itu nanti. Itukan universiti idaman kau." kata-kata Sunwoo itu membuatkannya terdiam seribu bahasa. Ya betul, universiti itu merupakan universiti impiannya.

"Pukul berapa pertandingan itu mula?" soal Yeri. Sunwoo mengangkat kening.

"10 pagi." jawapan daripada Sunwoo oti membuatkan gadis itu tersenyum lebar.

"Saya boleh pergi! Ada masa 30 minit lagi sebelum pertandingan itu tamat!" kata Yeri sambil melompat kecil disebabkan terlalu teruja. Sunwoo melihat teman wanitanya itu lama. Kepala gadis itu diusapnya perlahan.

"Jangan jadi comel sangat boleh tak?" Sunwoo mencubit pipi gadis itu sekilas membuatkan Yeri merengus perlahan dan memegang pipinya yang baru dicubit itu.

"Lim Yeri! Berapa lama aku nak tunggu kau ni!" suara jeritan itu serentak membuatkan mereka berdua terkejut lalu tertawa kecil. Semestinya itu suara Sejun yang menjerit memandangkan mereka berada tidak jauh daripada rumahnya sekarang.

"Jumpa esok Sunwoo!" Yeri menjengket sambil memegang bahu lelaki itu dan mencium pipinya sekilas sebelum melepaskan pegangan mereka dan berlari anak ke dalam rumahnya. Sunwoo memandang figura gadis itu sehingga dia masuk ke dalam rumah.

Dia menggeleng perlahan. Perempuan yang dikenalinya sebelum ini seorang yang dingin, tidak pernah tersenyum dan jarang bercakap. Sekarang dimatanya gadis itu sering tersenyum . Semua perbuatannya comel baginya.

Dia mengambil langkah yang ringan meninggalkan kawasan rumah teman wanitanya itu.

Dia mengambil langkah yang ringan meninggalkan kawasan rumah teman wanitanya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hai! nah belanja satu gambar sunwoo hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hai! nah belanja satu gambar sunwoo hehe. one chapter left ;)

[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now