0.4

421 79 4
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ iv. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

Sepanjang kelas selepas rehat, langsung tiada kelibat Yeri dan tiada tanda-tanda gadis itu akan masuk ke dalam kelas sehingga waktu pulang nanti. Sunwoo langsung tidak dapat fokus di dalam kelas, dia asyik terfikirkan keadaan Yeri  Bagaimana dengan dia? Dia ada dimana? Sudah beberapa kali dia ditegur oleh gurunya kerana tidak fokus di dalam kelas dan asyik termenung Tempat duduk Yeri pula asyik ditenungnya.

"Sunwoo, kau kenapa?" tanya Eric risau setelah Cikgu Lim keluar daripada kelas. Sunwoo tidak menjawab pertanyaan Eric malah terus merenung tempat duduk Yeri. Eric mengeluh perlahan apabila tiada balasan daripada kawan baiknya itu.

Eric menoleh kearah Jeno dan mengangkat bahu. Jeno turut memandang kearah Sunwoo yang seperti tidak tentu arah itu. Padahal sebelum waktu rehat tadi, elok saja keadaannya dan dia masih boleh bergelak ketawa. Tetapi sekarang ? Dia langsung tidak mengeluarkan suara.

Loceng yang terakhir sudah berbunyi menandakan semua pelajar dibenarkan pulang. Tetapi Sunwoo masih tidak bergerak daripada tempatnya. Buku-bukunya juga masih tidak dikemas. Dia masih merenung kearah tempat duduk Yeri. Dia tekad mahu menunggu Yeri, dia pasti Yeri pasti akan masuk ke dalam kelas untuk mengambil beg sekolahnya.

"Kau tak nak balik ke?" tanya Jeno. Sunwoo menggeleng perlahan. Eric dan Jeno berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua tidak mampu untuk memujuk lelaki ini, jadi mereka hanya membiarkan Sunwoo duduk di dalam kelas. Mereka berdua meninggalkan Sunwoo sendirian di dalam kelas.

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Sudah 30 minit dia berada di dalam kelas ini setelah waktu pulang. Bosan ? Memang ya, tetapi fikirannya lebih berserabut memikirkan Yeri. Kenapa dia terlalu merisaukan gadis itu? Padahal tempoh hari dia telah menolak luahan perasaan gadis itu. Sunwoo meletakkan wajahnya diatas meja beralaskan lengannya. Stres. Matanya perlahan-lahan dipejam. Dia mengantuk dan penat.

Srttt!

Bunyi seretan meja itu membuatkan dirinya tersentak. Serta-merta, kelopak matanya menjadi segar, dia pasti bunyi itu daripada meja Yeri. Apabila dia menoleh ke belakang, dia melihat Yeri yang sedang menggalas begnya sambil menunduk kebawah. Mungkin sedang memarahi dirinya kerana terlanggar bucu mejanya sehingga membuatkan Sunwoo tersedar. Lelaki itu terus bangun daripada duduknya dan mendapatkan gadis itu

"Yeri, kau okey?" Matanya laju melihat keadaan gadis itu sekarang. Risau jika gadis ini terluka atau tercedera.

"Maafkan aku. Maafkan aku Yeri." Sunwoo menundukkan pandangannya, dia serba salah. Melihat raut wajah Yeri yang lemah itu membuatkan perasaan serba salahnya semakin menggunung. Dia pun tidak tahu kenapa dia meminta maaf. Tetapi dia pasti, dia sudah menyebut sesuatu yang membuatkan Yeri berubah seperti tadi.

"Jangan sesekali sebut tentang hari jadi aku lagi." Yeri bersuara perlahan dan melarikan pandangannya daripada memandang kearah lelaki itu. Sunwoo terdiam seketika. Fikirannya mula memikirkan kata-kata Yeri itu. Satu persatu persoalan yang muncul.

Tetapi Sunwoo hanya mengukirkan senyuman lebar apabila dia kembali mendengar suara daripada gadis itu. Dia sudah mula bercakap dengannya semula!

Walaupun hatinya penuh dengan tanda-tanya sekarang tetapi dia tidak mahu gadis itu terburu-buru dan berasa terbeban untuk menceritakan kepadanya.

Walaupun hatinya penuh dengan tanda-tanya sekarang tetapi dia tidak mahu gadis itu terburu-buru dan berasa terbeban untuk menceritakan kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now