1.0

359 65 0
                                    

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ x. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::


"Eric, kalau ibu aku telefon , cakap aku tengah tidur lagi."

"Kau asal , kau pergi mana?"

"Halah tolong jelah cakap . Nanti aku belanja kau main arcade."

" Terima kasih kawan baikku."

Eric terus mematikan panggilan. Sunwoo memandang telefonnya tidak puas hati . Suap dengan duit baru mahu setuju .

Sunwoo berpaling kebelakang , melihat tubuh yang masih lena dibuai mimpi .Pintu bilik itu dibuka . Langsir bilik itu ditarik perlahan supaya tidak menganggu tidur gadis itu. Sunwoo memejamkan matanya apabila cahaya matahari memancar pada wajahnya.

"Oppa ? Sejun ?" suara lembut daripada belakang itu membuatkan Sunwoo yang terlalu asyik menikmati sinaran cahaaya matahari tadi berpaling.

"Sun--Sunwoo ?" Yeri terkejut memandang kearah Sunwoo.Muka lelaki itu juga pucat . Mungkin kerana dia tidak lagi megambil sarapan pagi dan tidak tidur sepanjang malam.

"Eo-- kau dah sedar . Kau lapar ? Dahaga tak ? Nak aku panggilkan dok--"

"Macam mana kau boleh  ada dekat sini Sunwoo ?" Yeri memandang tepat anak matanya .Sunwoo mengeluh panjang dan mengambil tempat duduk di sebelah Yeri. Wajah gadis itu ditenung lama.

"Jawab soalan aku dulu Lim Yeri." Sunwoo memandang Yeri kosong.

Tiba-tiba Sunwoo bangun dan memeluk tubuh kecil itu .Lembut Sunwoo menepuk-nepuk belakang badan Yeri , seolah-olah mahu memberi ketenangan padanya.

Yeri terkejut dengan tindakan Sunwoo.Air matanya tiba-tiba bertakung sebaik sahaja Sunwoo memeluknya.

"Yeri , its okey to cry . its okey to not be okey when you felt down "

Kata-kata Sunwoo itu berjaya membuatkan takungan air matanya tadi pecah dan jatuh mengalir di pipi. Hatinya lega dapat melepaskan segala tangisan .

Sunwoo hanya mendiamkan diri dan masih memeluk gadis itu di dalam dakapannya , membiarkan Yeri menangis teresak-esak . Segenap ruang bilik itu , hanya kedengaran bunyi tangisannya

--

"Sejun , Yeri nak tengok eomma ."

"Aku boleh bawa--"

"Aku nak Sejun yang bawa aku." Percakapan Sunwoo terhenti. Hatinya sakit. Seperti ada sesuatu yang menghempap dirinya.

Sejun memandang Yeri dan Sunwoo bersilih ganti.

"Kau larat nak bangun tak ?" Sejun bangun daripada duduknya dan menolong Yeri untuk bangun. Sunwoo memandang setiap pergerakan Yeri dengan diam. Dia cukup terasa dengan kata-kata Yeri tadi.

"Sunwoo , nanti aku hantar kau balik ya ." kata Sejun sebelum menolong Yeri keluar daripada bilik .

Sunwoo terdiam . Kenapa tiba-tiba Yeri menjadi dingin dengannya ?

 Kenapa tiba-tiba Yeri menjadi dingin dengannya ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[RE] It's Okey | KSWWhere stories live. Discover now