Part 41

7.9K 391 205
                                    

Seminggu berkurung dalam rumah, hari ini kakinya berdiri tegak di hadapan Cafe yang lengang dengan pelanggan

"Kayla's Cafe" sebaris nama cafe itu terpancul di bibir merahnya

Heh, nama dia! Mengikut apa yang diceritakan oleh Tuan Ali, cafe ini kepunyaan Datin Kirana, namun disebabkan tiada pewaris lain selain dirinya, Puan Marissa mengambil alih buat sementara waktu.. Dari kecil, dia tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki di sini

Adriana melangkah masuk ke dalam Cafe itu, tempat duduk di sebelah dinding kaca diambil. Mata beralih memandang suasana jalan raya yang sibuk dengan kenderaan

"Order, miss" pelayan yang baru tiba bersama buku pencatat di tangan di pandang

"Ada apa dekat sini?" wajah gadis muda itu ditilik. Tidak tua malah dia anggarkan gadis itu dalam belasan tahun. Dari senyuman milik gadis itu Adriana tahu dia tidak selesa ditenung. Terus Adriana mengalihkan pandangan memandang luar dinding kaca

"Erk— ada pelbagai jenis kek, macaroon, doughnuts, cupcakes, mushroom soup—"

"Hot chocolate and one slice of red velvet cake" Adriana terus memintas, malas mahu mendengar sedangkan dia boleh membaca sendiri menu yang terhidang di kaunter tapi entah, gedik juga nak tanya tadi

"Alright, miss"

"What's your name?" langkah gadis muda itu terhenti dan tersenyum memandang Adriana yang masih tidak melihatnya

"Nama saya Sara" Sara terus berlalu pergi setelah mendapat anggukan Adriana

Tidak lama kemudian, di depannya dihiasi secawan hot chocolate dan sepinggan kek red velvet.. Dengan lafaz bismillah, hot chocolate terus disisip perlahan.. Sedap! Bagai ketenangan yang dicari selama ini dijumpai juga

Tetapi itu semua tidak lama apabila telinganya mendengar suara seseorang memetir.. Mata sedari tadi memandang pandangan alam terus dikalihkan ke arah punca suara

Pekerja-pekerja di kaunter dimarahi oleh seorang wanita yang berambut blonde dan baju yang agak sendat melekat pada tubuh. Adriana memandang jelek perempuan itu

Such as attention seeker!

"Panggil manager kau sekarang!" gadis muda yang menjadi pelayannya sebentar tadi mengangguk sebelum cepat masuk ke dalam dapur memanggil seseorang

Keluar seorang wanita dengan wajah yang gelisah dan seorang yang dia kenali.. Cik Farah!

"Aku nak Cafe ni!" terus dijerkah Cik Farah yang baru keluar dari dapur itu

"Maaf Cik Tania, Cafe ni tetap tak boleh diserahkan pada Cik macam saya beritahu tempoh hari" Adriana menjungkit keningnya.. Tania huh?

"Bagi aku file Cafe ni!"

"Maaf—"

"Bagi atau aku viral video perempuan ni gaduh dengan pelanggan!" telefon ditangannya dilayang-layang. Wajah Sara memucat. Kalau video itu diviralkan, mungkin dia akan dibuang kerja nanti.. Mana dia nak cari duit!

"Tapi saya memang tak boleh nak bagi pada Cik.. Cafe ni bukan hak saya dan masih hak Puan Marissa sepenuhnya"

"Apa hal kau tak boleh bagi! Aku ada share dengan Cafe ni! Aku ada hak! Boss kau dah mampus kan! Dengan laki dia sekali mati! Heh! Tak sangka cepat sangat perempuan tua bangka tu mati" tersentak Adriana, cawan yang memegang hot chocolate terus jatuh ke lantai

Bunyi cawan pecah itu menarik perhatian semua orang, Farah yang melihat terus membulat matanya

"Cik Mikayla" tipulah kalau tak kenal, gadis comel itu sering ditemunya beberapa tahun lalu semasa dia ada urusan di rumah Puan Marissa.. Walaupun jarang bercakap, wajah itu dia sangat kenali

Adriana Mikayla On viuen les histories. Descobreix ara