Part 48

13.5K 514 413
                                    

Adriana tersenyum manis saat wajah lelaki idamannya menjengah di hadapan muka pintu.. Terus kaki berlari laju mendapatkan lelaki itu.. Tanpa banyak soal tangan berurat itu diambil dan dicium sopan

"Rindu" tersebek Adriana, dia ditipu oleh lelaki itu,message je lusa nak balik.. Seminggu kemudian baru suaminya muncul.. Mujur Aryan ada menelefonnya beberapa kali untuk memaklumkan

"Mengada" Aryan menjeling manja sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah.. Bahu Adriana dipaut mesra naik ke tingkat atas

"Bukan selalu pun nak mengada dengan awak"

Tersenyum Adriana saat tangan Aryan masih dibahunya apabila sudah memasuki bilik tidur lelaki itu.. Jarang-jarang Aryan macam ni! Eh! Dia tak pernah macam ni lagi

"Awak mandi la dulu, saya sediakan baju untuk awak" Aryan hanya mengangguk lantas terus masuk ke dalam bilik air

Selesai meletakkan baju tidur Aryan di atas katil, kaki terus melangkah menyelinap setiap ruang di dalam bilik suaminya.. Kemas! Maklumlah, dia tak pernah jelajah lagi kerana malas nak ambil tahu ketika suaminya tiada di rumah

Dari sudut tema berwarna putih dan gold, dia tahu ini semua angkara Khaira.. Gadis comel molek itu meminati sesuatu yang nampak elegant dan suci

Langsir yang berada di belakang meja kerja Aryan diperhati.. Rasanya di situ tiada ciri-ciri ada tingkap.. Terus kaki melangkah dan tangan gatal mahu menarik langsir itu ketepi

Saat semuanya terbentang di hadapan mata, punggung terus dilabuhkan di atas kerusi mahagoni milik Aryan..Bingkai gambar tergantung elok di dinding.. Wajah ayu Khaira yang cantik berbaju kurung dan Aryan yang segak berkemeja hitam.. Gambar tunang beberapa tahun lalu

Adriana tersenyum nipis

'Hampir setahun, dia masih cintakan kau Khaira'

'Seikhlas mana sekalipun aku cintakan dia, dia tetap pilih kau'

Buktinya, di atas meja kerja Aryan turut terdapat bingkai gambar wajah Khaira.. Rasa sayu yang mengetuk pintu hati diusir sejauh mungkin, dia tak patut cemburu mahupun sedih

'Untungnya jadi kau Khaira'

Aryan yang baru siap memakai pakaiannya berdehem dari sudut katil.. Adriana yang berada di dalam lamunan terus tersedar

"Err sorry" wajah Aryan yang berada tidak jauh darinya dicari.. Perasaan takut kerana telah menyentuh barang-barang lelaki itu mula menerjah

"Sa—saya cuma nak tengok"

"Takpe, gambar tu aku tak sempat nak kemas sebab lately ni aku busy"

"Eh! Biar je la gambar Khaira dekat sini.. Saya faham" senyuman manis dihadiahkan, kaki melangkah ke arah Aryan

"Awak nak makan tak? Kalau nak makan, saya nak panaskan lauk" lembut Adriana menyoal Aryan yang sudah duduk di atas katil

"Tak, aku dah makan waktu on the way balik tadi" Adriana mengangguk sebagai tanda 'ok'

"Awak nak apa-apa lagi tak?" Adriana membatu di sebelah Aryan menanti jawapan daripada suaminya.. Lama Aryan berdiam memerhati seraut wajah yang dia tidak pernah sangka menjadi isterinya

"Aku nak kau" mengeras badan Adriana, manakan tidak, dia ingatkan Aryan nak minta tolong bancuhkan air, sekali Aryan nak dia dey

"A—apa awak ni, saya memang dah ada depan awak kan.. Dah jadi isteri pun"

"Bukan tu maksud aku" air liur yang menuruni tekak terasa berpasir.. Dia faham maksud Aryan

"Aaa Aryan.. Saya bukan taknak, tapi kalau awak belum cintakan saya sepenuhnya—"

Adriana Mikayla Où les histoires vivent. Découvrez maintenant