Part 9

4.5K 234 13
                                    

"Kita tunggu paksu dengan maksu" kata Tengku Khalif.. Semua keluarga Alexandra yang lain sudah berkumpul di rumah agam Tengku Haris

"Paksu dengan maksu balik Malaysia ke?" soal Camelia yang duduk bersebelahan Afiq

"Paksu dengan maksu kamu dah balik Malaysia semalam" Camelia menganggukkan kepalanya

Ting Tong

Mak Leha bergegas membuka pintu

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam" Tengku Khalif, Tengku Hakim, Tengku Alif dan Tengku Qashaf bangkit untuk bersalaman dengan adik bongsu mereka.. Isteri-isteri mereka pula menuju ke arah Puan Marissa dan Dahlia untuk bersalaman

"Kau sihat?" soal Tengku Khalif

"Alhamdulillah, Alham sihat je ni"

"Adrian dengan Adriz sihat?"

"Kami sihat Paklong" Adrian dan Adriz senyum

"Dahlia nampak makin berisi ye kamu" kata Tengku Hakim

"Mana tak berisinye, dalam perut tu ada lagi nyawa" jawab Puan Marissa

"Dah berapa bulan?" tanya Puan Naila teruja, mummy kepada Camelia

"Sebulan baru" jawab Dahlia tersenyum

"Meh dekat Tokngah Damia , Dania" panggil Tengku Qashaf kepada anak kembar Adrian

Kembar yang baru berumur 2 tahun itu berjalan tergedek-gedek ke arah Tengku Qashaf

"Ha mari masuk, dok tercegat depan pintu ni buat apa?!" ajak Puan Alina mesra

"Ha tulah, jom masuk"

Angel Crown diikuti yang lain bersalaman dengan paksu dan maksu mereka serta kedua-dua sepupu mereka

"Kita makan dulu lah ye,, lepas makan nanti baru kita teruskan niat Paklong ajak berkumpul"

Semua makan tanpa bersuara kecuali yang tua..

"Eh Alham"

"Ye?" semua mengalihkan pandangan memandang Tengku Khalif

"Mana anak bongsu kamu?" Khaira tersedak.. Cepat saja tangan Aryan menghulurkan air kepada Khaira

"Kamu okey tak?" soal Puan Jannah risau, ummi kepada Khaira

"Okey okey" jawab Khaira sebelum mengalihkan pandangan memerhati Tengku Alham

"Kejap lagi dia datang sebab katanya ada hal"

"Ohh bagus la dia datang,, dah lama kami tak jumpa dia" Tengku Khalif tersenyum

Camelia menendang kaki Khaira dari bawah meja apabila gadis itu hanya termenung

Khaira yang baru tersedar melihat Camelia sebelum mengangkat sebelah keningnya

"Kau kenapa?" Camelia berkata tanpa mengeluarkan suara , hanya menggerakkan bibir munggilnya.. Khaira menggeleng perlahan.. Camelia mengeluh perlahan

🌹

Semua berkumpul di ruang tamu selepas selesai makan

"Paklong nak kam" kata-kata Tengku Khalif terhenti apabila seseorang membuka pintu rumah

"Assalamualaikum" kata seorang gadis yang memakai blouse berwarna hijau emerald bersama seluar jeans slim fit berwarna putih.. Tudung yang kemas dililitkan dan makeup yang sentiasa di wajahnya menambahkan lagi kecantikannya

"Adriana!" Hana dan Arisha berlari menuju ke arah Adriana yang baru masuk,, tubuh ramping itu dipeluk

Adriana menuju ke arah makcik-makciknya untuk menyalam tangan tua itu.. Kemudian dia mengambil tempat di antara Adrian dan Adriz

4 Prince ternganga melihat Adriana kecuali Aryan,, lelaki itu hanya melihat tempat lain

Dia ke sepupu diorang?

"Ok memandangkan Adriana dah ada dekat sini, Paklong teruskan niat Paklong suruh kita semua berkumpul"

"Yang pertama, lepas saje majlis perkahwinan Aryan dan Khaira berlangsung , Tuan Ali akan datang untuk sampaikan beberapa lagi wasiat arwah nenek 6 tahun lepas"

"Kenapa Tuan Ali tak baca dekat kita awal-awal?" soal Hana pelik

"Tu sebab arwah nenek suruh baca wasiat terakhirnya bila umur Angel Crown 23 tahun"

"So it means wasiat terakhir tu untuk kami?"

"Maybe yes maybe no" jawab Tengku Khalif atas pertanyaan anak bongsunya

"Yang kedua, untuk Adriana" Adriana yang dari tadi sibuk memerhati Aryan terus mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Khalif

"Pak Long harap lepas ni kamu berbaiklah ye dengan Angel Crown,, kami tahu kamu semua bergaduh dan Paklong harap juga kamu takkan pergi jauh daripada kami semua" Adriana hanya memberikan senyumannya bersama anggukan kecil

"Yang ketiga, memandangkan semua tahu Khaira ialah pewaris terbesar keluarga Alexandra dan ramai yang akan jatuhkan dia disebabkan harta keluarga ni, Pak Long harap sangat kamu semua berhati-hati especially you, Khaira.. and Aryan,, walid berharap pada kamu"

"Yang keempat, majlis Angel Crown akan diadakan sebulan selepas perkahwinan Khaira dan Aryan.. Untuk date kamu tetapkan sendiri"

"Yang terakhir, tentang Adriana juga" Adriana mengeluh perlahan,, memang mainpoint dekat dia ke?

"Paklong sebagai anak sulung arwah atuk kamu, Paklong minta maaf sebab kamu tidak diwasiatkan harta disebabkan masalah yang kamu timbulkan dulu"

"Ooo takpe,, Adriana tak kesah pun" Tengku Khalif hanya memberikan senyuman kepada Adriana

"and harini, Paklong nak semua orang tidur sini" arah Tengku Khalif

"Kenapa?" Adriana terjerit perlahan.. Adrian memukul tangan adiknya perlahan

"Sorry"

"Sebab Paklong nak hubungan kamu semua rapat semula, bukannya renggang macam sekarang"

"Adik tak bawak bajulah" kata Adriana perlahan kepada Adrian dan Adriz

"Takkan kau tak tinggal baju dalam bilik kau?" soal Adriz

"Kau gila ke? Kau ingat baju tu muat lagi ke dengan badan aku?"

"Pinjam je la baju Kak Dahlia" kata Adrian

"Tapi adik taknakla tidur sini!" Adriana memuncungkan bibirnya

"Oooo taknak tidur sini pandai eh kau cari alasan kata takde baju la, baju tak muat la" perli Adriz

"Eh ,, yang pasal baju tak muat tu memang betul lah! Apa kau ingat badan aku ni memang nak maintain kurus macam form 5 dulu ke?"

"Oh lupa kau dah gemok" ejek Adriz.. Tangan Adriana terus mencapai bantal peluk Damia di tangan Adrian dan memukul wajah tak handsome Adriz

"Aku kurus lagi la!"

Semua mengalihkan pandangan memandang mereka berdua

"Ahahhahahaha sorry, ada nyamuk dekat muka Adriz tadi" ditarik kepala Adriz dan disandarkan pada bahunya

"Pala hotak kau!" marah Adriz apabila semua orang sudah tidak memandang mereka

Habis rosak muka handsome aku!

"Adriana tidur sini ye" ajak Puan Alina

"Hah? Ha ha Adriana tidur sini" walaupun hatinya kata tidak tapi terpaksa dia relakan

🌹

Khaira duduk di pondok kecil bersebelahan kolam renang berseorangan.. Lock telefon dibuka sebelum app Whatsapp ditekan

Nombor yang tidak dikenali itu menarik perhatiannya, Terus jari runcingnya menekan screen yang akan menunjukkan paparan yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenalinya

1

2

3

Air mata yang sering membasahi pipi kini berlinangan lagi.. Mulut ditekup, gigi diketap untuk menahan sebarang esakan daripada berbunyi

Awak tipu saya Aryan












🌹
Aryan tipu Khaira apa ni?

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now