Part 29

5.1K 258 52
                                    

Adriana duduk di beranda menunggu sang suami pulang dari tempat kerja.. Rindu di hati cuba di simpan kemas, tidak mahu menelefon malah menghantar mesej.. Takut menganggu sang suami sedang bekerja

Tidak lama kemudian, kereta Audi i8 memasuki perkarangan rumah.. Bibir ditarik hingga menunjukkan lesung pipit yang jarang kelihatan, cepat-cepat Adriana memasuki bilik dan menyarungkan semula tudung di kepala

Tangga diturun dengan laju, terlihat kelibat mummy yang sedang membaca majalah di ruang tamu

"Hi mummy!" Adriana menoleh seketika ke arah Puan Sri Rafidah kemudian terus memecut ke muka pintu.. Puan Sri Rafidah hanya menggeleng kepalanya tanpa mempedulikan Adriana

Serentak itu pintu dibuka oleh Aryan dan Adriana.. Aryan terkejut melihat Adriana yang tersenyum di depan muka pintu tetapi cepat-cepat dia berdehem

"Apa kau buat dekat sini?" tanyanya dingin

"Sambut awak balik lah, sini" beg kerja Aryan diambil oleh Adriana lalu tangan berurat itu disalam hormat

"Awak nak air tak? Saya boleh bancuhkan" tanya Adriana lembut

"Tak" Aryan terus melencong ke arah Puan Sri Rafidah, beliau hanya tersenyum melihat anaknya sudah pulang dari bekerja

Aryan tunduk mencium hormat tangan yang membesarkannya itu selama ini

"Yan naik dulu mummy"

"Ha ye,, kejap lagi turun.. Mummy nak borak dengan kamu" Aryan hanya mengangguk.. Adriana yang hanya melihat dipandang sekilas sebelum dia mendaki tangga.. Cepat-cepat Adriana mengikut dari belakang

"Awak,, awak penat kan? Saya boleh tolong urutkan"

"Tak perlu!" balas Aryan tanpa melihat ke arah Adriana

"Awak nak makan? Saya panaskan lauk"

"Tak!"

"Awak nak—"

"Kau diam boleh tak!" jerkah Aryan, terhinjut bahu Adriana

"Ta—tapi saya cuma nak tolong awak"

"Tak payah dan tak perlu! Aku boleh buat sendiri! Jaga diri kau je!"

"Tapi tu semua kan tugas saya sebagai isteri"

"Isteri atas kertas!" tekan Aryan

"Tapi saya tetap isteri awak" Aryan merengus kuat

"Kau berbunyi lagi aku tak teragak-agak nak sakitkan kau! Kalau aku kata tak payah tu maksudnya tak payah! Jangan berani kau nak lawan!" Adriana hanya mendiamkan diri selepas itu,, kalau api lawan api entah apa yang bakal terjadi antara dia dan Aryan nanti

Pintu tandas dihempas kuat, Adriana hanya mengeluh perlahan sebelum melabuhkan duduknya di atas sofa

Apa boleh dia buat?

🌹

"Kau kemas barang-barang kau cepat"

"Kita nak pergi mana?" soal Adriana pelik,, takkan honeymoon kot? Tiket tulis lagi seminggu

"Kita pindah rumah aku"

"Rumah awak dekat mana? Besar tak? Banglo or teres?"

"Kau jangan cakap banyak boleh tak? Aku suruh kemas tu kemas je la!" cepat-cepat Adriana mengangguk

Mungkin perihal rumah ini yang diborakkan oleh suaminya dan mummy dibawah tadi,, akibat malas mahu masuk campur,, dia hanya sumbatkan nasi di dalam mulut tanpa mencelah

Segala pakaian yang baru dikemas semalam dibawa masuk ke dalam 'luggage' semula,, kira-kira dua beg baju miliknya yang perlu ditarik ke tingkat bawah.. Punyalah payah dia bawak naik 'luggage' ini pada hari pertama dia harus tinggal di sini, sekarang senang-senang sahaja suruh dibawa turun

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now