Part 23

5.2K 296 105
                                    

Hujan yang turun renyai-renyai membasahi tanah yang masih merah itu sama seperti perasaan mereka yang suram .. Mereka mengaminkan doa yang telah Tengku Khalif baca selepas membaca yassin

"Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku sebelum ni.. Aku janji akan balas balik apa perempuan tu dah buat dekat kau" Camelia berkata perlahan.. Tangannya dikepal kuat

"Khaira penyeri keluarga kita,, dan sampai bila-bila kami takkan lupa Khaira" Puan Alina menyiram air bunga yang diberikan oleh Camelia

"Terima kasih jadi anak yang baik sayang.. Walid minta maaf tak jaga kamu baik-baik.. Maafkan walid" Tengku Khalif memandang sayu tanah merah anak bongsunya

"Ummi maafkan salah dan silap Khaira.. Tiada satu pun yang Ummi tak maafkan.. Khaira anak yang baik.. Terima kasih kerana menjadi penghibur ummi selama ni.. Semoga tenang di sana anakku" terimbas kembali sikap Khaira yang suka memohon maaf kepada Puan Jannah setiap malam.. Tiada sehari pun gadis itu terlupa, walaupun jauh tetap kata maaf keluar dari mulut munggil itu setiap malam

Kusya dan Kaifa sentiasa berada di sisi Ummi mereka.. Mereka faham perasaan Puan Jannah,, kehilangan seorang anak itu amat menyakitkan.. Perlahan-lahan Kusya menggosok belakang tubuh umminya

"Kau kawan yang baik—tersangat baik" mengenangkan semula memori silam mereka berlapan.. Khaira memang seorang yang baik, sanggup berkorban demi orang lain.. Danish mengalihkan pandangannya memandang Aryan.. Lelaki itu hanya diam,, tidak dapat melihat matanya kerana lelaki itu memakai kaca mata hitam

"Aku minta maaf atas kesalahan adik aku.. Aku minta maaf" perlahan suara Adrian berkata

"Khaira" panggil Hana perlahan

"Tanpa kau, Angel Crown dah tak lengkap.. Tanpa kau, mungkin tiada gelak ketawa lagi.. Tanpa kau, kami sunyi Khaira" setitis demi setitis air mata Hana gugur

Bekas pelajar Alexandra Highschool yang lain hanya diam.. Tidak menyangka gadis yang dulu selalu memarahi mereka ketika tiba sekolah lewat,, gadis yang selalu mendenda mereka,, gadis yang selalu marah bila bawak benda yang terlarang,, sudah pergi buat selama-lamanya

Kini— semua kehilangan seorang gadis yang selalu menceriakan hidup mereka.. Penyeri keluarga yang selalu membahagiakan disaat perasaan sayu dan muram datang menyinggah.. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kubur gadis itu

"Aryan jom balik" Afiq memegang bahu lelaki yang masih menunduk memandang kubur gadis itu.. Hujan semakin lebat membasahi bumi

"Kau balik dulu" perlahan suara Aryan seperti berbisik.. Afiq mengangguk dan pergi bersama mereka yang lain

Aryan bertinggung di tepi kubur gadis itu..
Nama yang terlakar elok dibatu nisan dipegang seeratnya bagai memegang tangan gadis itu

"Awak pinjaman Tuhan kepada saya yang sangat indah"

"Awaklah perempuan pertama yang berjaya membuka pintu hati saya sayang"

"Awak cinta pertama dan terakhir saya"

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.. Mengajar erti percintaan, kesetiaan dan kebahagiaan.. Nama awak takkan pernah pudar dalam hati saya.. Kenangan kita takkan pernah saya buang dari kotak memori"

"Semoga tenang di sana— sayang"

Selamat Tinggal Khaira Maisarah

perlahan-lahan kaki itu melangkah pergi.. Meninggalkan pusara satu-satunya kekasih yang lama bertakhta di hatinya

Dan mungkin—

Selepas ini—

Tiada yang lain lagi..

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now