Part 26

5K 270 68
                                    

"Awak—ehem awak nak mandi ke?" Adriana yang masih kaku berdiri melihat Aryan yang sibuk bermain dengan telefon bimbitnya di atas katil

"Hmm"

"Kejap saya ambilkan tuala" kaki terus dituju ke arah wardrobe miliknya.. Digeledah almari yang menempatkan tuala-tuala kesayangannya

"Errr,, aaa bolehlah dari takde" terus Adriana mencapai tuala yang lama dia tenung sebentar tadi

"Woi, kau pergi jahit tuala ke ambil tuala.. Cepat la sikit aku nak mandi"

"Nah!" Adriana menggigit bawah bibirnya

"Kau takde tuala lain ke?"

"Saya dah takde tuala lain,, yang ni je yang paling tak ketara pun.. Tuala lain semua barbie dengan minnie mouse.. Stitch ni je yang macam lelaki sikit" Adriana memperlahankan suaranya di akhir ayat

"Sorry— Awak mandi je eh.. Stich je pun.. Esok kita pergi beli tuala mandi lain.. Lagi pun dah lewat sangat ni kalau nak minta tuala dekat abang" angka jam sudah menginjak ke dua belas malam

Lama Aryan memerhatikan Adriana, wajahnya dingin seperti selalu.. Nadi pada dada si gadis mula memainkan rentak lagu kpop

"Awak, dah nak dekat pukul 1.. Pergi lah mandi,, saya takut kalau awak sakit nanti tak mandi.. Lagipun tadi kena hujan kan" selepas habis sahaja majlis perkahwinan, hujan mula turun dan Aryan pula degil tidak mahu dipayungkan

Laju tangan Aryan menyambar tuala berwarna pink bercorak stitch pada tangan Adriana.. Adriana hanya tersenyum nipis

Tudung yang tersarung pada kepala dibuka sebentar.. Hangat! Manakan tidak, di dalam bilik sendiri pun perlu bertudung.. Sanggul diperbetul dan telefon di tepi katil dicapai.. App WhatsApp ditekan

Qaisara
woi woi woi

You
Ape kau nak hah ?!

Qaisara
Good luck first night muah, aku nak anak buah ni,, mengidam ehek

You
Pala hotak kau! Ish dah lah malas aku nak layan kau

Tudung disarungkan semula apabila air pancuran di dalam bilik air tidak kedengaran lagi.. Data turut dimatikan,, mama kata tak baik membazir

Adriana yang tersenyum nipis sebentar tadi menunggu si suami keluar dari tandas terus tergamam.. Matanya kian membulat.. Lama mata bundarnya memerhatikan Aryan yang masih tidak berbaju

'1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6' gulp

'Oh damn! Hotnye dia!!!'

"Kau tengok apa? Miang!"

"A—awak yang tak pakai baju,, dah rezeki depan mata saya tengok je la" Aryan menjeling Adriana lalu terus memasuki wardrobe di hujung bilik

"Hot sangat" Adriana terus menyembamkan wajahnya pada bantal.. Digulingkan tubuhnya ke kanan dan kiri

Gedebuk

"Auch,, argh sakit" lengan kiri yang terkena bucu katil sebelum terjatuh ke lantai digosok beberapa kali supaya pedihnya hilang

"Kau saja cari pasal dengan aku kan kantil! Selama ni aku tak pernah jatuh katil kau tahu tak! Dasar dengki! Mentang-mentang aku dah kahwin, kau nak jealous ergh!"

"Woi!"

"Hah"

"Kau cakap dengan siapa?!" Adriana tersengih sambil menggaru kepalanya, tubuh yang duduk di lantai tadi cepat-cepat berdiri

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now