Part 47

8.4K 426 183
                                    

Jari runcing miliknya mengetuk-ngetuk meja makan.. Mata sekejap-sekejap singgah melihat jam.. Bibir melepaskan keluhan buat kali ke berapa

"Mana awak ni Aryan? Kata nak balik harini" jantungnya berdetak tidak sekata.. Sudah jam sebelas namun kelibat Aryan masih belum menjelma.. Makanan yang terhidang sejak pukul lapan malam tadi masih belum disentuh

"Call tak angkat, mesej tak reply" sekali lagi panggilan dibuat namun masih tidak diangkat

Nama Rafael terus dicari dan ditekan.. Dia perlukan bantuan lelaki itu, air masak diteguk sementara menunggu panggilan di sebelah sana diangkat

"He—hello"

Berkerut dahi Adriana

"Kau pahal termengah-mengah ni"

"Kau kenapa call aku" jelas dipendengaran Adriana, Rafael cuba untuk mengawal deruan nafasnya

"Kau ada kes ke?"

"Haah, i'll call you back" panggilan terus dimatikan.. Adriana hanya membiarkan, dia faham akan tugas Rafael sebagai seorang inspektor

Bibir bawah digigit perlahan, perasaan risau makin menggunung.. Langkah diatur ke ruang tamu, kaki diangkat untuk bersila di atas sofa

Entah mengapa dia risau akan Aryan sedangkan Adriana tahu lelaki itu tahu menjaga dirinya sendiri.. Mungkin kerana Lily, segala hal tentang Aryan perlu dia risaukan

Detik demi detik berlalu tanpa sedar Adriana terlena di atas sofa empuk di dalam rumah besar yang sepatutnya milik Aryan dan Khaira

🌹

"Kalau kau tak nak call back dia sekalipun at least reply la chat, kesian dia tunggu kau.. Dia call aku pun mesti sebab nak tanya pasal kau" air mineral yang tersedia di dalam bilik itu diambil, penutupnya dipusing dan air terus diteguk rakus

"Kejap lagi la aku reply" tuala diambil lantas peluh yang merembes di lap

"Kau tak rasa ke kau patut bagitahu dia?"

"Kenapa pulak aku kena bagitahu?" kening tebal miliknya terangkat

"Dia try hard nak lindung kau, siang malam fikir pasal kau je sebab musuh dah muncul depan mata" lelaki yang mengambil tempat duduk berhadapannya dijeling

"Then?"

"Aryan, kau tu lelaki.. Kau yang patut lindung dia"

"Aku tengah buat apa sekarang?" wajah Rafael di hadapannya di pandang jelek

"Woi! Aku tahulah kau pun tengah cuba nak lindung dia.. At least bagitahu dia supaya beban dalam otak dia tu berkurang"

"Siapa suruh dia bebankan diri sendiri?"

"Satu je aku nak cakap" kata Rafael yang tergantung menyebabkan Aryan mengangkat sebalah keningnya tanda 'apa'

"Kalau kau tak nak dia, aku nak.. Aku pun dah lama simpan perasaan dekat dia" Rafael tersenyum nipis sebelum senyuman itu pudar.. Tuala peluh milik Aryan tepat mengenai wajahnya

"What the fucking shit are you talking about?" menyinga wajah Aryan menentang panahan mata Rafael

Tidak sampat sesaat gelak tawa Rafael memenuhi ruang di dalam bilik itu

"Bro, kau sayang dia rupanya.. Aku ingatkan kau tak sayang dia" jujur katakan, Rafael pernah menyimpan rasa pada Adriana namun semua itu hilang saat Adriana sah menjadi milik Aryan.. Baginya, masih banyak bunga di luar sana yang masih belum dia jumpai.. Insya-Allah satu hari nanti bunga yang sebetulnya milik dia akan datang juga

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now