Part 19

4.6K 282 30
                                    

"Korang keluar sekarang! Aku nak fail tu lengkap semuanya tengah hari ni" arah Aryan bersama mata helangnya.. Kalau bercakap lembut pasti kepalanya dipijak nanti.. Jadi lebih baik dia hindarkan sebelum pekerja daddynya naik lemak

Azlina , Syahada dan Aqil mengangguk kemudian terus keluar daripada bilik Tengku Aryan.. Lebih baik mereka siapkan kerja ini segera sebelum helaian kertas dilempar ke arah muka mereka

Aryan duduk memicit kepalanya yang berdenyut-denyut.. Kepala dipejam untuk menghilangkan sakit kepala dan meredakan api kemarahan yang memunculkan diri sebentar tadi

Klak

Aryan memandang dingin ke arah rakannya  yang masuk tanpa mengetuk pintu.. Daniel tersengih sebelum duduk di hadapan lelaki itu

"Kali ni apa pula?" soalnya sambil bersandar memandang wajah Aryan yang tampak tertekan

"Aku tak tahu diorang nak kerja ke tak.. Buat kerja sambil lewa.. Benda simple pun tak reti nak buat"

"Relax bro,, kalau kau dah gantikan tempat daddy kau nanti , silap haribulan kau pecat diorang pula.. Sedangkan si Rina, PA kau yang dah siapkan kerja pun kau boleh koyak kertas dia sesenang hati" eei mohon dijauhkan dia menjadi pekerja Aryan

"Dia yang buat kerja halal balai.. Kalau aku accept juga boleh rugi besar company ni" Aryan bersandar pada kerusi empuknya

"Petang japgi aku nak kau ikut kitaorang pergi lunch.. Kalau kau tak ikut, Aku tak teragak-agak nak heret kau sendiri pergi.. Nanti aku send location" ugut Daniel,, bukan dia tidak tahu, lelaki di hadapannya takkan keluar lunch jika tidak dipaksa

"Kau datang menyemak dekat sini semata-mata nak ajak aku lunch je ke?" Aryan mempamerkan muka toya miliknya

Selamba Daniel mengangguk

"Haah, lagi pun tadi aku ada jumpa client dekat-dekat area sini sebab tu singgah sini nak tengok muka singa kau" Daniel tersengih apabila melihat mata Aryan mencerlung tajam ke arahnya

"Bye sayang, I balik dulu" pantas Daniel berlari apabila Aryan membaling len ke arahnya.. Mujur sempat dielak, Kalau tidak mahu sakit tubuhnya dibaling pen seumpama shuriken milik naruto shipuden itu

"Geli aku dengan kau!!" Daniel tergelak besar sebelum memboloskan dirinya di sebalik pintu.. Sebentar kemudian muncul kepala Daniel yang hanya terjenggul

"Lunch jangan lupa ye babyboo" pantas pintu bilik ditutup apabila terlihat Aryan mahu membaling pen ke arahnya

🌹

Adriana menjeling Camelia yang sedang memaksa di untuk makan.. Mulit dikunci tidak mahu dibuka.. Ergh senang hati mak kau je nak paksa-paksa aku makan

"Buka la mulut tu!!" tegas Camelia menyuruh seperti Mak Tiri.. Pantas Adriana menggeleng tidak mahu.. Dia berpaling menghadap ke arah kiri

"Kau ingat aku hadap sangat ke nak suap kau! Kalau bukan disebabkan semuanorang kerja memang tak aku nak suap bubur ni"

"Mak Leha ada la" cepat Adriana menutup mulutnya kembali tidak mahu menerima bubur yang disua di mulutnya sejak 10 minit yang lalu

"Kalau tak difikirkan Mak Leha yang tengah sibuk buat kerja tu memang aku taknak suap kau la! Dah la mengada-ngada tak nak makan!" marah Camelia

"Buka mulut cepat!!!" tegas Camelia berkata sambil menjenggilkan matanya.. Tangan dihempuk ke atas meja lampu di sebelah katil

Adriana terus membuka mulutnya.. Takut! Perlahan-lahan dia menelan bubur yang disuap.. Nasib baik wanita itu telah meniupnya terlebih dahulu.. Kalau tak mahu saja lidahnya terbakar.. Sudah lah garang seperti Mak tiri Cinderella.. Mahu mati dia jika tidak membuka mulut

"Lepas makan bubur ni, aku akan make sure kau telan ubat pula!!" Camelia menjenggilkan matanya.. Adriana mengangguk malas seperti tidak kesah walhal dalam hati mahu saja dia menangis.. Jangan la garang sangat! Dia takut la

"Ok good! Kejap aku turun bawah pergi ambil air dengan ubat.. Kalau kau tidur sekarang, aku sumbat air dekat kau" terus Camelia berlalu pergi menuruni tangga menuju ke arah dapur bersama sedukang mangkuk kosong dan gelas kosong

"Garang nak mampos! Naseb mama aku tak garang macam dia" rungut Adriana perlahan

Beberapa minit kemudian, Camelia kembali bersama ubat dan air kosong di tangan sebelah kanan.. Kaki dibawa menuju ke arah birai katil sebelum dia melabuhkan duduk ke situ.. Satu-satu pil yang berada di dalam pallet dibuka

4 bini ubat berlainan warna dan nama dihulurkan kepada gadis itu.. Adriana memasukkan satu persatu ke dalam mulut diselangi air yang turut ditelan menuruni esofagus

"Brppp" Adriana menutup mulutnya laju apabila tiba-tiba terasa loya.. Tekak berasa perit apabila ubat itu terasa mahu keluar kembali

"Telan! Jangan muntah!!" Camelia menjenggilkan matanya

"Brppp!"

"Telannn!!" Camelia menghentak meja lampu itu lagi.. Adriana terus menahan muntah yang mahu keluar.. Air kosong ditelan laju.. Mata dipejam erat.. Ini semua kerana dijaga oleh mak tiri tak berbalas kasihan

"Ha macam tu kan bagus! Baring cepat.. Tidur.. Nanti cepat sikit kebah demam kau tu" Adriana terus baring.. Camelia menarik selimut separas bahu Adriana sebelum dia meningkatkan suhu penghawa dingin.. Langir tebal ditarik menutupi cahaya yang masuk menerobosi sliding door itu.. Hanya dibiarkan lampu meja berwarna kuning kejinggaan menyala.. Terus langkahnya dibawa keluar dari bilik itu.. Pintu ditutup rapat

"Haihh susah betul nak jaga kau!"

🌹

"Khaira cepat packing! Esok nak balik Malaysia dah!" tegur Puan Jannah yang berada di muka pintu bilik memerhati gadis itu sedang melihat keluar jendela

"Ok Ummi"

Puan Jannah berjalan mendekati anaknya.. Bahu gadis itu diusap dengan penuh kasih.. Sunggu dia sayangkan anak-anaknya tanya sedikitpun pilih kasih.. Kasih yang dicurahkan sama rata kepada mereka tiga beradik

"Khaira ok? Ummi tengok dari semalam Khaura diam"

"Khaira ok je Ummi" Khaira memberikan senyuman semanis gula kepada Puan Jannah

"Betul ke ni? Ummi tahu anak-anak Ummi tak pandai menipu" Khaira mengeluh kecil

"Khaira rindu Aryan je ummi"

"Tak lama lagi kamu akan disatukan.. Sabar ye sayang.. Jangan nak gatal sangat" hidung gadis itu dicuit lembut

"Tapi Ummi tahu ada benda lain yang ganggu fikiran kamu juga" Puan Jannah turut memandang ke luar jendela memerhati kita London itu

"Khaira fikiran Adriana.. Khaira rindukan dia.. dan Khaira juga rindukan ummi, walid dan kakak"

"Aik? Ummi, kakak dengan walid ada je dengan Khaira sekarang ni.. Dah-dah jom ikut ummi pergi ruang tamu.. Buang masa dalam bilik buat apa? Tentang Adriana pula, kamu jangan fikirkan sangat.. Ummi yakin satu hari nanti korang akan berbaik" Khaira tersenyum nipis sebelum mengikut langkah umminya yang menggamit tangan halusnya

🌹

Adriana bangkit dari lenanya.. Dahi yang berpeluh dilap menggunakan lengan baju.. Air mata yang tidak henti mengalir dihapus menggunakan belakang tapak tangan.. Mimpi! Memori yang selalu dibuang datang menerjah kembali ke alam mimpi

Adriana bangkit dari katil.. Lutut yang bergetar cuba ditenangkan.. Nafas yang makin lama makin tak teratur di atur semula.. Kaki perlahan-lahan dibawa ke langsir.. Tangan menarik langsir untuk dibuka semula

Dia takut gelap!

Itu kenyataannya!

Bilik yang tadi gelap ditemani samar-samar lampu meja terus terang benderang dengan sinaran mentari yang menerobosi sliding door

Dia terus jatuh terduduk.. Tangisannya pecah, mimpi tadi diingat kembali.. Kepala digeleng perlahan.. Tangan menekup telinga

"Tolonglah pergi, aku merayu"

Seketika kemudian, matanya mula memberat dan semuanya berubah gelap









🌹
Vote please🥺 Author sayang korang!❤️

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now