Part 38

7.7K 374 178
                                    

Guys, sebenarnya saya suruh pilih lagu je tadi hehehe. By the way thank you so much❤️🥺

Here we go!

🌹🌹🌹

Adriana yang mahu menekan pedal minyak terhenti apabila pintu belakangnya dibuka, membulat matanya melihat Qaisara dan Luqman yang sudah berada di seat belakang

"Korang buat apa ni?" soal Adriana tenang

"Kitaorang nak ikut kau" jawab Qaisara selamba

"Tolong keluar!" keras nada suaranya, tapi cepat sahaja Qaisara menggeleng.. Luqman hanya diam memerhati, ini semua kerana kerasa kepala Qaisara mahu mengikuti Adriana

"Kau nak mati ke?" air liur yang ditelan Qaisara terasa berpasir, dia menggeleng pula

"Jadi aku mohon kau turun"

"Aku selalu ikut kau kan!" mata Adriana tertumpu pada Luqman

"Kau jangan risaulah, Luqman tak macam kau jangka" Qaisara terus berkata memahami maksud tersirat Adriana, mana mungkin gadis itu mahu orang luar tahu tentang kerja yang dia lakukan sekarang sedangkan keluarga kandung gadis itu pun tidak pernah tahu

"Suka hati kau lah" Telefon yang berdering diangkat dan speaker ditekan

"Simpang 3 berdekatan kau" Qaisara mengerut dahi mendengar suara disebalik telefon Adriana, siapa pula gerangan itu

"Ok" hanya sepatah di jawab dan Adriana mula memecut, minyak ditekan laju.. Jika dia cepat, mungkin mereka akan terselamat

"Adriana-" panggil Rafael di sebelah sana

"Kita terlambat"

"Tak!" laju Adriana menjawab, dia pasti dia sempat

Tapi sangkaannya meleset apabila melihat sebuah kereta terbalik akibat terlanggar penghadang jalan, kereta itu dikerumuni ramai orang

Laju Adriana turun dan berlari ke arah kereta itu.. Qaisara dan Luqman yang berada di seat belakang tergamam sebelum mereka berlari mendapatkan Adriana

Kelihatan Adriana duduk memangku kepala seorang wanita separuh abad

"Mummy" hanya itu terkeluar dari bibirnya, kereta yang terbalik di hadapannya diperhati sebelum air matanya menitis

Mama

Papa

Daddy

"Ad—Adriana"

"Aku terlambat Qaisara" perlahan suara itu kedengaran, wajah berdarah di atas riba Adriana diperhatikan sebelum dia menekup mulut

"Mu—mummy Aryan" Adriana hanya diam

Pihak bomba dan polis mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, hanya mummy Aryan selamat dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pihak bomba tiba.. Mereka semua dibawa ke hospital

Baju putih Adriana yang kotor dengan darah mummy Aryan hanya dibiarkan, gadis itu duduk menunduk memandang lantai di hadapan bilik pembedahan. Qaisara dan Luqman turut berada di situ

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now