Part 55

24K 986 1.8K
                                    

"Kita nak pergi mana?" soal Dhia apabila arah yang dipandu Aryan bukan jalan pulang ke rumah. Aryan hanya diam tidak menjawab. Fokusnya pada panduan.

Dhia yang mengetahui abangnya tidak mahu menjawab membuang pandang ke jalan semula. Sudah biasa. Semuanya tersimpan kemas dalam fikiran lelaki itu. Kenapalah ditakdirkan Aryan juga untuk jadi abangnya.

Dhia meregangkan sedikit tubuh badannya mahu menyelesakan diri untuk masuk ke alam mimpi. Jika bukan kerana Puan Sri Rafidah yang menyuruhnya menjemput Aryan di hospital pasti dia sudah terlentang tidur atas katil sekarang. Tiba-tiba rasa bertuah apabila mempunyai abang seperti Aryan. Bukan dia yang menjemput malah terasa dia yang dijemput oleh abangnya.

"Woi! Kau tak payah tidur. Kita sampai dah" Dhia mendecit sedikit. Kasar tubuhnya ditegakkan semula. Menyesal pula puji. Luar kereta dijeling sebelum dia berkerut dahi.

"Apa kita nak buat dekat sini?"

"Kau nak ikut aku ke?" pantas Dhia mengangguk. Takut la duduk dalam kereta seorang diri. Mahunya ada yang ketuk tingkap nanti dia gelabah tak tahu nak buat apa.

Langkah Aryan diikut laju memasuki penjara yang menempatkan semua banduan. Tubuh tegap abangnya dilihat dari belakang. Beberapa pegawai polis yang dilintas hanya menunduk sedikit ke arah abangnya. Senyuman bangga disimpan rapi.

Kerusi di sebelah Aryan diduduki. Tempat untuk bertemu dengan banduan. Hanya dipisahkan dengan kaca. Dunia yang bebas dan dunia yang kelam menanggung kesalahan yang telah dilakukan.

Kurang dari lima minit, terlihat seseorang yang muncul disebalik kaca. Dhia hanya diam melihat abangnya yang tajam memerhati seorang lelaki yang sedang tertunduk kesal. Kedua-duanya mengangkat ganggang telefon dan ditekapkan ke telinga.

"Apa jadi?" tajam mata Aryan menikam Alex.

"Ak—aku tak tahu" dia sudah tidak mahu ambil tahu dan ingin lupakan segalanya. Hanya kerana Lily, sekarang dia dihumban di dalam penjara. Bagaimana keadaan ibu dan adiknya?

"Kalau kau taknak buka mulut, aku akan pastikan kau merana dekat sini sampai kau mampus" kesat air liur yang ditelan Alex. Nafas yang dihembus terasa berat.

"Di- diorang berbalas te— tembakan" membulat mata Aryan.

"Kenapa?"

"Come on Aryan. Selagi salah seorang tak mati, selagi tu permainan takkan tamat" perlahan Alex berkata. Matanya menentang mata Aryan.

"Diorang dah nekad" sambung Alex lagi.

"Mana Adriana?" Dhia mengangkat wajahnya memandang Aryan ditepi sebelum lelaki yang memakai pakaian berwarna hijau lumut itu ditenung meminta jawapan.

"Aku tak tahu. Mungkin dah—" Alex menunduk. Dia tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Hanya dikhabarkan dengan kematian Lily tiga hari lepas. Aryan diam. Ganggang telefon mahu diletak tapi pantas Alex menghalang.

"Ak—aku minta maaf. Aku tahu aku dah buat salah dengan kau, dengan Adriana. Ta—tapi aku nak minta tolong sikit" perlakuan Aryan yang mahu meletak ganggang telefon terhenti. Sebelah kening diangkat menyuruh lelaki itu menyambung bicaranya.

"Tolong jaga mak dengan adik aku. Dah takde orang lain yang akan jaga diorang selain aku. Cu—cuma pastikan diorang selamat untuk lima tahun aku dalam ni. Tolong Aryan. Aku merayu" dia betul-betul mengharapkan Aryan untuk membantu. Tangan dilekapkan pada kaca yang memisahkan dia dan orang yang mengunjung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now