Part 35

7.3K 328 108
                                    

Adriana keluar daripada bilik setelah memastikan kulit wajahnya yang merah kembali normal.. Dia tak patut menangis! Dia tak patut ceritakan apa yang dirasanya pada orang lain! Dia tak patut kelihatan lemah! dan dia tak patut berasa penat!

Ye! Dia salah! Kalau dia tidak menolak Khaira, rancangan mereka pasti akan hancur.. Tapi dia penyebabnya! Bersalah? Sampai sekarang perasaan itu tidak pernah lentur dalam dirinya kerana dia, Khaira mati! kerana dia, — Aryan terasa kosong

Kelibat Aryan dicari di ruang tamu.. Kelihatan suaminya sedang menonton televisyen bersama hot chocolate di tangan.. High class sangat!

Adriana mengambil tempat duduk bersebalahan Aryan, tidak terlampau dekat, tidak terlampau jauh

"Kenapa awak tak pergi kerja hari ni?" soal Adriana setelah lama berdiam

"Kau cuba halau aku ke?" Aryan mengangkat sebelah keningnya

"Tak, bukan tu maksud saya.. Selalunya, apa pun jadi, awak tetap nak pergi kerja.. Kenapa tiba-tiba?"

"Suka hati aku lah, yang kau sibuk sangat kenapa" Adriana mencebik geram

"Aku lupa nak bagitahu kau" percakapan Aryan membuatkan Adriana kembali duduk, niatnya untuk ke dapur terbatal

"Bagitahu apa?"

"Esok, Camelia buat majlis berinai dekat rumah atuk, kita kena pergi" kata-kata Aryan berjaya membuatkan wajah Adriana bertukar pucat

"O—oh! Ke—kenapa saya tak tahu yang Camelia dah nak kahwin?" soalannya hanya dijawab dengan bahu yang diangkat oleh Aryan tanda tidak tahu

"Awak pergi je la esok, saya ada kerja nak buat"

"Kau ikut, atau aku yang heret kau pergi.. Dia sepupu kau, jangan lupa tu" Adriana melepaskan keluhan kecil, dia takut! Takut menghadap semua orang atas kesilapan yang dia lakukan

"Saya taknak!"

"Kenapa kau taknak pergi?" terasa perit air liur menuruni kerongkong mendengar soalan itu

"Sa—saya segan"

"Kau jangan tipu aku, Adriana" Aryan tersenyum sinis

"Sa—saya—"

"Hmm, saya ikut" akhirnya dia mengalah.. Adriana bangkit dan mahu menuju ke dapur untuk meneguk segelas air, masak? no, dia tak reti masak.. Tiba-tiba terbit rasa kasihan pada Aryan yang selalu keluar membeli makanan

Nanti saya belajar masak ye cik abang.. Kesian awak

"Adriana"

Apa lagi!

"Hm" Adriana berpusing menghadap Aryan dengan senyuman di bibir

"Takde apa" Adriana mengecilkan matanya melihat Aryan, nafas ditarik dan dihembus perlahan

Jangan cari pasal, Adriana.. Nanti kau mendapat! haihh

🌹

Adriana melihat wajahnya di hadapan cermin, sudah lama dia tidak keluar dengan wajah sebegini.. Natural! Hanya dicalitkan sedikit lipgloss.. Dia terlampau memikirkan apa yang bakal berlaku nanti sehinggakan semua hasil karya pada wajahnya comot.. Terpaksa dia padam dan hanya keluar sebegini.. Dia tidak bermaya! Terlampau letih berfikir

Adriana Mikayla Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt