Part 15

5K 255 63
                                    

"Kayla ok tak sayang" soal Puan Marissa saat melihat anak perempuannya gembira berbual dengan menantunya

"Kayla ok je mama.. Tengok Kayla dah sihat" Adriana tersengih sambil berdiri menunjuk tabik ke arah mamanya.. Puan Marissa dan Kak Dahlia tersenyum

"Jangan buas sangat.. Takut jahitan terbuka nanti" tegur Puan Marissa

"Alaaa, mama jangan risau.. Lagi pun sebelum ni pun mana pernah terbuka.. Kayla akan jaga jahitan ni elok-elok ok"

"Ha yelah.. Dahlia,, ok tak harini?" soal Puan Marissa kepada Dahlia yang duduk di atas katil bersama Adriana.. Adriana pula daripada tadi sibuk memegang perut Kak Dahlia

"Ok ja ma,, tadi ada la muntah sikit"

"Aaaaaa!!" menjerit Adriana di situ

"Kamu kenapa Kayla?" cemas Puan Marissa melangkah ke arah anaknya

"Baby tendang baby tendang!!! Seronoknya!!!" teruja Adriana menyampaikan perkara itu kepada Puan Marissa.. Punyalah lama dia tunggu bayi itu bergerak atau menendang.. Akhirnya dapat juga dia rasakan

"Haihlaaa kamu.. Terkejut mama takut jadi apa-apa dekat kamu tadi" Adriana tersengih tidak bersalah memandang wajahnya.. Serious tak tipu perasaan teruja itu hadir apabila merasakan pergerakan di dalam rahim Kak Dahlia

"Haritu masa Kak Dahlia pregnant twins,, Kayla tak sempat nak pegang pun perut Kak Dahlia.. Kali ni first time Kayla rasa" tersenyum Kak Dahlia mendengar kata-kata Adriana

"Mana twins Dahlia?"

"Ada tu dalam bilik tengah tidur"

"Emm yelah.. Mama nak turun dulu buat makan petang"

"Dahlia nak tolong ma!"

"Jangan! Kamu duduk sini diam-diam dengan Mikayla!" kata Puan Marissa dijegilkan sebelum dia keluar daripada bilik

Dahlia dan Adriana tergelak melihat wajah shrek mama mereka.. Mereka saling berpandangan sebelum kedua-duanya tersenyum sinis

"Jom Kayla pimpin Kak Dahlia" Kak Dahlia hanya mengangguk sebelum Adriana memimpin Kak Dahlia ke dapur.. Bukan mahu menolong Puan Marissa memasak,, tetapi saja ingin mengacau wanita separuh abad itu melakukan kerja

Dalam diam, jauh di sudut hati Dahlia,, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang sangat sayangkannya.. Dia juga bahagia dengan kehadiran Adriana yang selalu membantunya.. Jujur katakan, gadis itu tidak gedik sama sekali seperti umurnya ketika tingkatan 5

🌹

Aryan mengangkat beg baju Khaira ke dalam rumah agam Tengku Khalif.. Dia gembira kerana gadis itu sudah pulih dan boleh pulang ke rumah

"Awak, esok kita pergi shopping nak?" soal Khaira manja

"Awak tak sihat lagi kan.. Awak rehat dulu ye esok.. Lusa nanti baru kita pergi shopping" Aryan tersenyum manis.. Khaira hanya mengangguk setuju

Puan Jannah dan Tengku Khalif yang melihat hanya tersenyum.. Mereka harap anak bongsu mereka ini cepat disatukan

"Esok Aryan datang lagi ye,, sebab esok Ummi dengan walid ada buat tahlil untuk arwah atuk dengan nenek.. Jemput mummy dengan daddy kamu sekali ye.. Adik-adik pun jangan lupa" tutup Tengku Khalif sebelum dia melupakan satu hal itu

"Baik walid.. Nanti Aryan sampaikan pada mummy dan daddy"

"Awak saya balik dulu ye" beritahu Aryan kepada Khaira

"Alaaa, Kenapa cepat sangat nak balik" Khaira memuncungkan bibirnya

"Kita dah borak sejam tau awak.. Saya kena balik" Aryan tersengih.. Makin memuncung bibir Khaira

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now