Part 28

5.5K 252 42
                                    

"Woi!" tubuhnya digoncang beberapa kali

"Woi bangun!" Adriana menggeliat beberapa kali

"Jangan kacau lah!"

"Pala otak kau jangan kacau.. Bangun! Dah subuh!" bebelan itu hanya dihiraukan oleh Adriana

"Bangun Adriana Mikayla" terdengar sahaja nama penuhnya dipanggil oleh sang suami dicelah gigi, terus terbuka luas kelopak matanya.. Boleh mengundang kekecohan di pagi hari jika dia tidak mahu membuka mata

Tudung yang senget benget dibetulkan sebelum dia bergegas masuk ke dalam tandas untuk mengambil air wudhuk.. Sempat sengihan diberikan kepada Aryan, nampaknya pagi ini dia perlu solat bersendirian lagi setelah diijabkabulkan beberapa hari lepas

Setelah menyangkut telekung di tempat penyidai, Adriana mengambil tempat duduk di atas sofa sambil melihat Aryan yang jauh nun di atas katil empuk sana bersama telefon bimbit di tangan

"Em awak,, er harini awak kerja ke?"

"Hmm" Adriana hanya mengangguk

"Aku nak tanya kau something" bicara Aryan setelah lama berdiam diri

"Tanyala"

"Kau ni memang tak membantu kan?"

"Hah?"

"Haih, aku harap lepas ni, kau rajinkan tangan tutup lampu tu..Sejak dari rumah kau sampai lah ke bilik aku, kau memang tak pernah tutup lampu masa tidur, jangan seronok sangat nak perabih duit orang, dah la tak kerja" Adriana tersentak

"Aa—aa"

'apa aku nak cakap ni?'

Tanpa menunggu balasan dari Adriana, Aryan terus masuk ke dalam tandas bersama tuala di tangan

"Awal giler dia mandi, eh— tak awal tak awal,, memang orang bekerja mandi waktu ni"

Prak

"Aduh aduh duh duh duh duh, sakit belakang aku!" katil yang menyelerakan dilihat dengan penuh asyik, Wait for me katil! Wait for me!

Adriana berguling ke kanan dan kiri, ah lembutnya katil dia! tapi katil aku seronok lagi hm

"Tidur kejap tak ape kan? Sebelum dia keluar aku bangun"

"Woi bangun!"

"Kejap"

"Bangun! Tak bagus la tidur lepas Subuh! Kau ni tahu buat kilang jee! Kenapalah aku dapat bini pemalas macam kau ni!"

Jari telunjuk Adriana panjangkan di hadapan wajah Aryan, terkebil Aryan melihat jari runcing itu

"Kau kenapa?!" Aryan menolak jari runcing itu jatuh

Tidak dihiraukan siapa yang menganggu pagi indahnya, itu semua tidak penting sama sekali! Adriana hanya menyambung tidur.. Yang penting sekarang, sakit belakangnya dan tidur nyenyak nya

"Lantak kau lah! Aku dah nak pergi kerja! Kau jangan berani sentuh barang-barang aku dalam bilik ni!"

"Ingat warning aku tu! Kalau tak tunggu apa jadi dekat kau"

Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri, Adriana hanya menghiraukannya,, ye dia dengar tapi dia tak faham, well puteri beradu masih mamai di pagi hari

"Bebaskan, bebaskan , bebaslah wahai rambutku, ku tahu kau sudah lama berada di dalam tudung ini hm,, aku harap kau masih bernafas ye" terasa lega dan selesa dapat bergerak di dalam bilik ini tanpa memakai tudung, bukan dia tidak mahu membuka hijabnya di hadapan Aryan, tapi dia segan.. Siapalah dia? Dia hanya isteri atas kertas, nak tunjuk rambut pun malu hm

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now