Part 17

4.9K 268 67
                                    

"Berangan ape tu?" langkah kakinya dibawa duduk di sebelah tunang yang merendamkan kaki di dalam swimming pool.. Aryan juga turut merendamkan kakinya

"Khaira!!" panggil Aryan sedikit kuat bagi menyedarkan Khaira.. Khaira yang terkejut terus mengalihkan pandangan ke arah Aryan

"Huh?"

"Saya tanya awak berangan apa?" soal Aryan kembali

"Sa—saya teringat Adriana" Khaira tersenyum hambar memikirkan hubungan Adriana dan dia yang semakin renggang

"Kenapa fikir pasal dia? Saya tahu awak sedih tapi jangan disebabkan dia nanti awak yang sakit" tutur Aryan lembut

"Saya tak tahu Aryan.. Saya tak tahu sampai bila kami nak jadi macam ni.. Saya rindukan dia sangat.. Mungkin saya perlu putus kan pertunangan ni" setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pipi.. Aryan yang mendengar tersentak

"Hey girl,, look!" Aryan memusingkan tubuh Khaira menghadapnya dengan memegang bahu gadis itu

"Walau apa pun jadi.. Awak tetap yang saya pilih.. Takkan ada yang lain.. Takkan awak nak putuskan pertunangan ni demi Adriana sedangkan kita dah nak kahwin.. Awak tak sayangkan pertunangan ni ke?" mendatar sahaja suara Aryan

"Aw—awak,, saya sayangkan awak.. Tapi saya sanggup buat apa je asalkan Adriana bahagia"

"But at the end, awak sendiri yang menderita.. Stop jaga hati orang! Hati awak siapa nak jaga.. Dan awak,, saya rasa awak memang dah tak sayangkan pertunangan ni" dingin suaranya berkata.. terus Aryan bangkit dan berlalu pergi

Khaira segera bangkit menahan Aryan pergi.. Aryan hanya memandang kosong wajah Khaira yang sudah kemerahan menangis

"Saya— sayang sangat pertunangan ni..Dan saya sayang awak sangat.. Saya nak kita bersama dengan cara halal.. Saya nak hidup saya sampai ke tua hanya bersama awak.. Tapi— Adriana,, saya tak sanggup tengok dia makin terluka.. Walaupun dia selalu marah saya, saya tahu dia sedih" kata-kata Khaira kedengaran ikhlas di pendengaran Aryan

"Then stop cakap tentang Adriana Kalau awak nak bahagia dengan saya.. Awak jangan risau tentang Adriana.. Mungkin jodoh dia dengan orang lain dan Allah dah aturkan jalan cerita dia cantik.. Mungkin dia perlukan sedikit lagi masa untuk sedar yang saya ni jodoh awak" Khaira terdiam,, benar kata Aryan.. Air matanya menitis kembali

"Stop crying sayang.. You make me wanna hug you but I can't.. So please jangan menangis.. Kalau kita dah kahwin nanti senang saya nak pujuk awak" Khaira tersenyum,, wajahnya sedikit membahang.. Dia memandang dalam anak mata coklat pekat itu.. Ye! Dia tewas dengan kehangatan kasih sayang yang diberikan oleh Aryan meski mereka belum diijabkabulkan.. Lelaki itu semangatnya.. Lelaki itu yang sering membawa gundah gulananya terbang entah ke mana dan kembali bersama pelangi.. Aryan— Aryan Mikael kebahagiaannya

"Saya sayang awak— sangat" Aryan mengangguk memandang wajah kemerahan Khaira

"Saya pun sayang awak!"

"Dah jom kita masuk dalam.. Tak bagus embun malam untuk awak" Khaira hanya akur mengikut langkah Aryan ke dalam rumah

Dari jauh terdapat sepasang mata yang memerhatikan mereka.. Senyuman hambar terlakar.. Setiap perbualan yang mereka bicarakan dapat didengarnya .. Dia perlu berubah mungkin atau hanya teruskan niatnya yang asal

🌹

"Bye mama, bye papa" Adriana merenung sayu wajah kedua-dua mama papanya

"Sedih sangat Kayla ni,, mama dengan papa pergi 3 hari je sayang" tubuh Adriana dipeluk oleh Puan Marissa sebelum tubuhnya masuk ke dalam pelukan Tengku Alham

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now